
ADAKAH anda mencari inspirasi untuk membuat hiasan dalaman bilik kanak-kanak?
Apabila bercakap mengenai bilik kanak-kanak, susun letak ruang yang baik dan cantik tidak perlu melaburkan wang yang banyak.
Reka bentuk bilik yang cantik tidak semestinya mahal untuk sesebuah ruang nampak lebih mewah.
BACA LAGI: Pernah cedera tak halang Augusto Akio 'juggle' sambil pamer skil luncur skateboard
BACA LAGI: Dulu jiran kini suami isteri, pencinta motosikal retro sanggup 'ride' hingga ke Kemboja
Penggunaan rak dapat menjimatkan ruang dan sesuai untuk mempamerkan koleksi barangan. — TNS/SCOTT GABRIEL MORRISS
Apabila kanak-kanak membesar, cita rasa dan keperluan mereka berkembang.
Kesudahannya, membuat rekaan bentuk ruang yang mesra kanak-kanak harus disesuaikan dan fleksibel serta berpatutan.
Idea reka bentuk yang berpatutan
Rak buku boleh digunakan untuk menonjolkan ciri-ciri estetik selain berguna untuk pelbagai fungsi. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan paparan serta penyimpanan.
Di samping itu, rak boleh menyediakan tempat penyimpanan bacaan, menjimatkan ruang dan sesuai untuk mempamerkan koleksi barangan.
Mencari cara kreatif untuk menggabungkan rak? Pertimbangkan untuk menggunakan bahan unik atau kreatif.
Idea reka bentuk kreatif adalah menggunakan papan selaju sebagai rak.
Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan bahan unik untuk menghasilkan karya yang kreatif. — TNS/SCOTT GABRIEL MORRISS
Perabot mesra kanak-kanak
• Perabot jenis Ottomans
• Bangku
• Kerusi kecil (poofs) dan bantal (fabrik lembut)
• 'Teepees' dan khemah
Ruang kerja
Ruang kerja yang mesra kanak-kanak tidak perlu mewah atau berlebihan, sebaliknya memilih reka bentuk bercirikan minimalis namun memiliki fungsi optimum.
Kedudukan meja yang bertentangan, akan membolehkan penyimpanan dan ruang serba boleh yang paling banyak.
Cari bahan dan pembinaan bagus yang dibina untuk bertahan.
Pastikan anda meletakkan elemen utama dalam bilik kongsi seperti katil bagi membolehkan pintu masuk dan keluar dibuka dan tidak terhalang. TNS/SCOTT GABRIEL MORRISS
Bilik untuk dua orang
Bilik kongsi perlu direka bentuk dengan mengambil kira ruang.
Susun letak perabot bilik akan menentukan aliran.
Pastikan anda meletakkan elemen utama dalam bilik kongsi seperti katil dengan cara yang membolehkan pintu masuk dan keluar dibuka dan tidak terhalang.
Susun letak katil
• Dua katil dipisahkan oleh meja bujang atau meja sisi.
• Dua katil dipisahkan oleh meja atau meja kerja.
• Dua katil dipisahkan oleh almari pakaian.
Mempertimbangkan penyusunan kedudukan katil mengikut keluasan bilik mampu memberikan efek bilik yang lebih ceria dan besar. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram