Pakar syor hantar anak ke kelas renang lepas umur 5 tahun


  • Hobi
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Ibu bapa disyorkan untuk mendaftar anak mereka ke kelas renang yang dikendalikan tenaga pengajar bertauliah. — dpa

KANAK-KANAK boleh belajar sesuatu kemahiran baru dengan cepat, tetapi tidak bagi berenang kerana adalah lebih baik untuk tidak bermula pada peringkat umur yang terlalu awal.

Pakar keselamatan air mengesyorkan agar pelajaran renang tidak dimulakan sebelum umur lima tahun tetapi sebaiknya apabila anak mencapai usia prasekolah.

Persatuan Penyelamat Nyawa Jerman (DLRG), Harald Rehn, berkata, mengajar berenang sendiri tidak digalakkan sebaliknya, adalah lebih baik untuk mendaftarkan anak dalam kelas renang yang dikendalikan oleh pengajar terlatih.

BACA LAGI: Risiko budak lelaki didiagnosis autisme, lebih 4 kali ganda berbanding perempuan — Pakar

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

swim-lessons

Ibu bapa tidak digalakkan mengajar berenang sebaliknya adalah lebih baik mendaftarkan anak ke kelas renang yang dikendalikan oleh pengajar terlatih. — Playtivities

Rehn berkata, walaupun ibu bapa mungkin memiliki kemahiran renang yang baik, mereka tidak semestinya mempunyai kepakaran dalam mengajar teknik berenang kepada anak-anak.

"Renang memerlukan pembelajaran dari segi corak pergerakan baru dalam kedudukan badan mendatar, yang memerlukan pengetahuan dan pendekatan khusus," katanya.

Rehn juga menegaskan bahawa ibu bapa harus mengelak daripada 'menekan' anak-anak mereka dalam proses pembelajaran.

Ramai ibu bapa mendaftar anak mereka dalam kelas renang dengan harapan anak-anak mereka akan menjadi seorang perenang cekap dalam masa yang singkat.

Namun, tindakan itu adalah jangkaan yang tidak realistik dan boleh menambah tekanan pada anak-anak.

"Berenang dan mandi haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan," katanya.

Menurutnya, proses pembelajaran mungkin memerlukan sehingga setahun dengan pelajaran sekali seminggu sebelum kanak-kanak benar-benar menikmati dan menguasai kemahiran tersebut.

Setiap kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza, dan sesetengah mungkin memerlukan lebih banyak masa dan perhatian.

Penting untuk bersabar dan memberi anak-anak masa yang cukup untuk belajar bergerak dengan selamat di dalam air. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram