Adakah pesakit gagal buah pinggang kronik perlu 'cuci darah' seumur hidup?


  • Sihat
  • Isnin, 29 Jul 2024

Pesakit buah pinggang kronik perlu menerima rawatan dialisis seumur hidup.

KES berkaitan penyakit buah pinggang semakin meningkat di Malaysia setiap tahun.

Pada Mac lepas, kira-kira 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat di Malaysia berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya lima peratus sedar mengenai penyakit yang dihidapi.

BACA LAGI: Kena tekap seterika hingga maut, pakar jelaskan saling kait kegagalan fungsi organ Zulfarhan dengan luka lecuran

BACA LAGI: Jumpa rambut dalam makanan? Menggelikan tapi doktor beri alasan selamat dimakan

PRI LIFE WITHOUT KIDNEYS

Pesakit buah pinggang kronik perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu. — Gambar hiasan

Umum mengetahui bahawa penyakit buah pinggang mempunyai peranan penting dalam mengawal tekanan darah.

Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, bahan buangan akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan pesakit tidak sihat.

Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik, sisa dan cecair akan terkumpul di dalam badan.

Jadinya, pesakit memerlukan untuk menjalani prosedur rawatan dialisis atau hemodialisis.

Prosedur ini berfungsi untuk menggantikan sebahagian atau semua fungsi buah pinggang untuk menapis dan membuang sisa yang berlebihan daripada darah.

Dialisis juga boleh dilakukan melalui kaedah Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) atau 'cuci darah' melalui perut.

photo_2024-07-28_03-06-28

Pesakit dialisis perlu ditebuk pada bahagian leher sekiranya melakukan hemodialisis menggunakan kateter vena sentral (CVC).

Pakar Perubatan Dalaman, Sistem Pengurusan Pesakit Dalaman (SPPD), Dr Rudy Kurniawan berkata, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik perlu menjalani prosedur dialisis seumur hidup.

Bagaimanapun, jika seseorang mengalami kegagalan buah pinggang akut, pesakit boleh pulih selepas punca kerosakan buah pinggang dirawat.

Untuk rekod, kegagalan buah pinggang akut ialah kerosakan buah pinggang yang berlaku secara tiba-tiba iaitu kebiasaannya dalam masa beberapa hari atau jam.

Manakala, kegagalan buah pinggang kronik ialah kerosakan buah pinggang yang berlaku dalam jangka masa yang panjang.

Biasanya kegagalan buah pinggang kronik bukan disebabkan oleh satu faktor, sebaliknya disebabkan pelbagai faktor risiko seperti:

1. Diabetes

Penyakit diabetes adalah penyebab utama kegagalan buah pinggang di Malaysia.

2. Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi juga merupakan faktor risiko utama untuk penyakit buah pinggang.

3. Gaya Hidup Tidak Sihat

Pemakanan yang tidak seimbang, kurang senaman dan merokok turut menyumbang kepada masalah buah pinggang.

4. Faktor umur

Seseorang boleh mengalami masalah buah pinggang disebabkan oleh faktor umur yang semakin meningkat.

5. Genetik

Beberapa kes penyakit buah pinggang mungkin berkaitan dengan faktor genetik.

Mengulas lanjut, Dr Rudy berkata, pemindahan buah pinggang masih merupakan prosedur rawatan terbaik untuk kegagalan buah pinggang.

Buah pinggang baharu yang dipindahkan ke dalam badan pesakit boleh berfungsi sebagai 'penapis' darah supaya pesakit tidak perlu lagi menjalani dialisis.

“Buah pinggang yang dipindahkan boleh menjalankan fungsi normal seperti menapis darah dan mengeluarkan bahan buangan daripada badan, yang tidak boleh dilakukan oleh buah pinggang yang rosak,” katanya.

"Namun, mereka perlu mengambil ubat imunosupresan seumur hidup untuk mengelakkan penolakan organ," sambung Dr Rudy.

Dr Rudy berkata, prosedur tersebut boleh meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Clinical Journal of the American Society of Nephrology, kualiti hidup pesakit meningkat 40 hingga 60 peratus selepas menjalani pemindahan berbanding mereka yang menjalani dialisis.

Selain itu, Dr Rudy berkata, prosedur pemindahan juga boleh memberi kemungkinan jangka hayat yang lebih lama.

“Sekiranya pemindahan buah pinggang berjaya, pesakit boleh berhenti menjalani dialisis sepenuhnya,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram