Sanggup tinggalkan kerjaya korporat, pasangan suami isteri bina Tiong Trove di Perak


Munirah dan keluarganya membina ladang keluarga mereka sebagai tempat untuk 'lari' dari kehidupan bandar. — Gambar/The Star

BEKAS eksekutif korporat, Munirah Abdul Samad dan suaminya, Abdullah Abdul Rahim, meninggalkan pekerjaannya yang terdahulu demi mengusahakan sebuah ladang di Sungkai, Perak.

Bagi merealisasikan salah satu hasrat Munirah, mereka membeli tanah seluas dua setengah ekar pada 2013 dengan tujuan mewujudkan lokasi getaway desa untuk keluarga dan rakan-rakan.

Ladang bak syurga yang lebih dikenali sebagai Ladang Keluarga Tiong Trove itu menggabungkan kemudahan moden dengan suasana kampung yang tenang.

BACA LAGI: Gesa syarat mohon geran homestay dilonggarkan

BACA LAGI: Remaja Orang Asli cetus inspirasi doktor lancar kempen kanser serviks

The farm has a variety of flora and fauna.

Semaian tumbuhan bersebelahan dengan tanaman sayur-sayuran dan herba tempatan. — Gambar/The Star

Munirah, seorang anak bandar sejati, menemui tanah tersebut selepas pencarian bertahun-tahun dan memutuskan untuk membeli selepas melihat iklan dalam talian.

“Saya dan suami sentiasa mahukan ladang sendiri. Kami melihatnya sebagai tempat yang sesuai untuk kami tenangkan diri,” kata Munirah yang kini tinggal di ladang itu bersama suami dan anak perempuan sulung, menantu serta cucu mereka.

Pada awalnya, mereka hanya membersihkan bahagian hadapan tanah dan membina pondok kecil untuk berehat.

Tanpa berbekalkan elektrik atau air pada masa itu, Munirah masih bekerja dan hanya mengunjungi ladang pada hujung minggu.

Selepas meninggalkan pekerjaannya pada 2019, Munirah dan suaminya memutuskan untuk mengusahakan tanah itu secara sepenuh masa.

“Banyak perkara yang kami tak pasti pada masa itu dan saya tidak terfikir pun untuk menjadikan tanah ini sebagai perniagaan.

"Tanah yang diusahakan ini awalnya lebih kepada tempat berehat untuk anak-anak kami sekiranya apa-apa berlaku.

"Saya bukan tukang kebun yang baik, dan tidak tahu apa-apa tentang pertanian. Tetapi saya rasa lebih didorong oleh rasa bimbang!” kongsi Munirah sambil tertawa mengenangkannya.

The Tiong Trove Family Farm signage that greets visitors to the property was done by Munirah’s daughter.

Papan tanda Ladang Keluarga Tiong Trove direka khas oleh anak perempuan Munirah. — Gambar/The Star

Menurutnya, dia dan suami mula melakukan penyelidikan dan bertanyakan kepada pakar dalam bidang pertanian bagi mendapatkan pendapat mereka.

"Kami juga melibatkan seluruh ahli keluarga dalam projek ladang," katanya.

Nama ladang Tiong Trove juga diinspirasikan oleh kehadiran burung tiong dan makna 'trove' yang merujuk kepada harta berharga.

“Anak bongsu saya membuat reka bentuk logo desa ladang ini,” kata Munirah.

Kini, Ladang Keluarga Tiong Trove memiliki kebun buah, sayur-sayuran subur, reban ayam dan kebun ikan moden.

Munirah berkata, hasil ladang yang dilihat sekarang hampir sama dengan apa yang dia bayangkan pada masa itu.

"Dalam tempoh lima tahun, kebanyakan pokok tumbuh hingga matang. Objektif utama kami adalah untuk berdikari dari segi makanan dan gaya hidup,” tambahnya.

Munirah has a thriving lemon farm on her land.

Munirah menunjukkan limau yang hidup subur di ladangnya. — Gambar/The Star

Keberkatan di sebalik kepayahan

Pada 2019, ketika pandemik Covid-19 melanda dan perintah kawalan pergerakan (PKP) hampir dilaksanakan, Munirah dan suaminya berada di ladang mereka untuk hujung minggu.

“Pandemik merupakan satu berkat di sebalik kesusahan bagi kami kerana ia memberikan masa yang banyak untuk benar-benar mengusahakan ladang. Pada masa itu, rumah utama baru sahaja siap,” kenang Munirah.

“Kami mula dengan mengusahakan kebun sayur di belakang rumah. Kami perlahan-lahan membina dua reban ayam.

"Semasa fasa akhir PKP, kami membuat kolam ikan untuk membela ikan seperti siakap, tilapia, dan baung.

"Struktur terakhir yang kami bina ialah tempat penginapan untuk pelatih dan sukarelawan. Pelatih sering datang ke ladang dan tenaga mereka amat membantu kami,” katanya.

Mereka juga membina sebuah struktur tambahan satu tingkat sebagai rumah sederhana untuk keluarga dan rakan menginap semasa lawatan atau sebagai inap desa untuk tetamu dengan kadar bayaran tertentu.

Ladang tersebut juga menawarkan lawatan pendidikan dan aktiviti alam semula jadi yang menyeronokkan. — The Star/ RINA AHMAD SAPIUDDIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram