DENGAN semakin berkembangnya teknologi dan penggunaan media sosial, isu penyalahgunaan platform dalam talian juga meningkat dengan ketara.
Kebelakangan ini, muncul fenomena yang dikenal sebagai 'mengemis online' menerus aplikasi popular TikTok.
Fenomena tersebut dilakukan dengan cara siaran langsung (live) sambil meminta kepada para penonton untuk memberikan 'gift' kepada si pemilik akaun laman media sosial itu.
BACA LAGI: Lafaz talak ketika isteri suci, ramai lupa 5 adab cerai ikut ajaran Islam
BACA LAGI: 'Patutnya 'settle' tepi bukan cerai depan orang ramai ketika TikTok live'
Dr Mohamad Sabri berpendapat seseorang itu haruslah memastikan bahawa bantuan yang diberikan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. — Gambar/Jabatan Mufti Negeri Terengganu
Kelebihan mendapat 'gift' dilihat bernilai kerana membolehkan seseorang itu menukarkan dalam bentuk wang.
Pembelian 'gift' TikTok boleh diperoleh dengan cara membeli 'coins' terlebih dahulu dan perlu di ‘recharge’ dengan buat pembayaran minima 16 'coins' dengan harga RM1.09 membuatkan orang ramai memilih jalan mudah untuk mengemis berbanding mencari pekerjaan.
Demi mendapatkan sambutan pemberian 'gift', ramai pemilik media sosial sanggup melakukan penipuan dengan berbohong kononnya berdepan dengan kesusahan atau kesempitan.
Jadi, bagaimana pandangan Islam terhadap fenomena mengjengkelkan itu?
Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berpendapat seseorang itu haruslah memastikan bahawa bantuan yang diberikan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
"Dengan adanya penipuan yang semakin berleluasa, kita perlu teliti dalam menilai keperluan sebenar individu yang meminta bantuan," katanya kepada Majoriti.
Muncul satu fenomena yang dikenal sebagai 'mengemis online' menerus satu aplikasi popular di laman media sosial. — Gambar fail
Beliau juga menekankan bahawa dalam agama Islam, memberi sedekah adalah satu amalan yang mulia.
Namun, ia harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab.
"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima," katanya merujuk kepada satu hadis yang menekankan pentingnya memberi bantuan kepada yang berhak.
Beliau turut mengutarakan pandangannya bahawa sekiranya seseorang benar-benar dalam keadaan terdesak, memang dibolehkan untuk meminta bantuan.
Namun, dalam dunia yang penuh dengan fitnah pada masa kini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya percaya tanpa usul periksa.
"Pemberi bantuan juga perlu berhati-hati," katanya.
Beliau memetik hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud, “Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, di hari kiamat ia akan menghadap Allah dalam keadaan tidak sekerat daging sama sekali di wajahnya.”
Tegas Mohamad Sabri, kepada mereka yang menipu mahupun mengemis secara atas talian itu memanglah haram dalam apa-apa keadaan sekali pun.
"Kadang-kadang kita rasa mungkin seseorang itu betul-betul berada dalam kesusahan, tetapi mereka tiada inisiatif untuk bekerja malah sebaliknya mengemis di media sosial platform," katanya
Beliau menasihati orang ramai untuk menggunakan saluran betul jika ingin menyumbang agar dapat berhati-hati dalam saham mengemis itu.
Dalam agama Islam, memberi sedekah adalah satu amalan yang mulia. — TheStar
Tambahnya, sekiranya ragu-ragu adalah lebih baik tinggalkan.
Imam An-Nasa’I meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah bahwa Nabi SAW bersabda, sedekah yang paling afdal adalah sedekah dari orang yang serba kekurangan.
“Maka dalam bentuk apapun yang namanya mengemis, meminta-minta itu sebenarnya dalam Islam diharamkan dalam bentuk apa saja." (Riwayat Imam An-Nasa’I). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram