Remaja Orang Asli cetus inspirasi doktor lancar kempen kanser serviks


  • Sihat
  • Isnin, 29 Jul 2024

Dr Devendran berkata, generasi muda Orang Asli sedar tentang kepentingan mendapatkan vaksin HPV.

SEORANG doktor pakar dari sebuah hospital awam di Kuala Lipis, Pahang mendapat inspirasi dalam mempertingkatkan kempen kesedaran pencegahan kanser serviks daripada seorang remaja perempuan Orang Asli.

Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr D. Devendran berkata, dia bertemu remaja berumur 14 tahun itu semasa dia menemani kakaknya ke hospital bulan lalu.

Remaja perempuan berkenaan menunjukkan video daripada media sosial yang menunjukkan seorang remaja mendapat vaksinasi human papillomavirus (HPV) di negeri lain.

BACA LAGI: Memperkasa masyarakat Orang Asli melalui TVET

BACA LAGI: Orang Asli dakwa beras dijual lebih mahal di kawasan penempatan

“Dia kemudian bertanya sama ada remaja di kampungnya boleh mendapatkan suntikan yang sama,” katanya dalam satu wawancara pada Ahad.

Dr Devendran berkata, permintaan itu menunjukkan generasi muda Orang Asli sedar tentang kepentingan mendapatkan vaksin HPV.

A student from SMK Samariang receiving a jab from medical personnel during the launch of the state-level Human Papillomavirus Immunisation campaign at the school in Kuching.

Generasi muda Orang Asli sedar tentang kepentingan mendapatkan vaksin HPV. — Gambar hiasan/Agensi

Beliau berkata, remaja yang tercicir di sekolah itu telah menyedarkannya bahawa adalah penting untuk menganjurkan program turun padang di lokasi penempatan Orang Asli di daerah berkenaan.

“Pasukan saya memutuskan untuk mengemukakan inisiatif untuk mendekati masyarakat Orang Asli melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

20369063_338063933291984_6113330364715776375_o

Seorang doktor pakar dari sebuah hospital awam di Kuala Lipis mendapat inspirasi dalam mempertingkatkan kempen kesedaran pencegahan kanser serviks daripada seorang remaja perempuan Orang Asli. — Gambar hiasan/Agensi

Dr Devendran berkata, sebagai permulaan, program turun padang akan diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Yong, Ulu Dong, di Raub. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram