Perumahan baharu perlu ada blok rumah Madani — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Keperluan tersebut penting untuk kelulusan pembangunan perumahan baharu bagi memastikan peluang golongan berpendapatan rendah menjadi pemilik rumah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyediakan blok perumahan Madani dalam setiap projek pembangunan kediaman baharu.

Keperluan tersebut penting untuk kelulusan pembangunan perumahan baharu bagi memastikan peluang golongan berpendapatan rendah menjadi pemilik rumah, katanya di Kuala Lumpur pada Selasa.

Syaratnya ialah satu atau dua blok perumahan Madani dimasukkan ke dalam projek baharu untuk memberi manfaat kepada orang ramai.

BACA LAGI: Subsidi diesel: Kumpulan pertama Budi Madani terima bayaran 10 Jun

BACA LAGI: Syarikat bas, pembinaan jamin rasionalisasi subsidi diesel bukan alasan naikkan harga

download (1)

Perumahan Madani bertujuan untuk memenuhi keperluan bukan sahaja penjawat awam tetapi juga golongan B40 dan M40. — Gambar fail

Beliau berkata, perumahan Madani bertujuan untuk memenuhi keperluan bukan sahaja penjawat awam tetapi juga golongan B40 dan M40.

“Orang kaya boleh bina rumah seberapa banyak yang mereka mahu, saya tidak kisah... tetapi rakyat yang lain perlu dibantu,” katanya semasa pelancaran Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM) di Bandar Sri Permaisuri.

“Sebab itu jentera kerajaan mesti digerakkan untuk menyelesaikan isu perumahan yang rumit.

“Saya melihat senarai 60,000 orang beratur untuk mendapatkan perumahan awam,” tambahnya.

Sementara itu, Anwar berkata syarat tersebut merupakan satu ketegasan kerajaan hari ini, kerana mengambil kira projek perumahan terdahulu yang tidak menekankan kepentingan rumah mampu milik untuk rakyat.

"Sebab itu saya kata kalau tegas pimpinannya, tegas penjawat awam, banyak boleh selesai kerana kalau tak tegas, dia dapat setengah juta, dia tutup kes sebab itu dulu - tiada penekanan seperti hari ini.

"Blok ratio, syarat hijau, taman, tapak sekolah, itu semua ‘tersakau’ kerana tidak memikirkan soal rakyat," katanya.

Justeru beliau sekali lagi mengingatkan supaya semua pihak tidak memandang ringan soal tatakelola, rasuah dan ketirisan kerana perkara itu mempunyai kesan kepada nasib rakyat.

Beliau berkata, sekiranya amanah dapat dijaga, negara boleh dibersihkan daripada jenayah rasuah dan sekali gus meningkatkan kedudukan negara di rantau ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram