Hati-hati, kandungan logam berat berbahaya ada dalam coklat gelap


  • Sihat
  • Rabu, 07 Ogos 2024

Plumbum dan kadmium telah dikesan dalam coklat gelap. — Gambar: ETX DailyUp

DIGEMBAR-gemburkan sebagai penggalak mood yang hebat, coklat gelap yang terkenal dengan manfaat kesihatan dan rasa unik itu turut juga mengandungi logam berat seperti plumbum dan kadmium yang menimbulkan kebimbangan awam.

Kajian terbaharu dalam jurnal menerusi Frontiers in Nutrition mendedahkan bahawa logam neurotoksik mungkin terdapat dalam coklat khususnya logam berat seperti kadmium dan plumbum.

Memandangkan penyelidikan dijalankan di Amerika Syarikat oleh ahli akademik di Sekolah Perubatan George Washington menyatakan tahap yang dibenarkan pihak berkuasa di negara itu diambil kira apabila menilai sama ada kuantiti yang dikesan berpotensi menimbulkan masalah.

BACA LAGI: 'Siap kena baca selawat 3 kali', ibu bapa khuatir penjualan 'coklat minda' di luar pekarangan sekolah

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan maut makan coklat beracun, isteri rupanya dalang sanggup guna peluntur mahu hapus bukti

July is the month for chocolatey goodness. — Pixabay

Hidangan coklat mungkin tidak menimbulkan risiko besar namun pengambilan berlebihan boleh menyebabkan risiko terdedah kepada bahan logam. — Gambar/Pixabay

Dalam penyelidikan itu, sebanyak 43 peratus coklat yang dianalisis melebihi paras plumbum yang dibenarkan oleh undang-undang California, Proposition 65.

Undang-undang itu adalah bagi memastikan pematuhan barangan pengguna dengan menyenaraikan kira-kira 800 bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser atau ketoksikan pembiakan, menurut OEHHA, Pejabat Penilaian Bahaya Kesihatan Alam Sekitar California.

Dalam kes kadmium, 35 peratus daripada coklat didapati tidak patuh undang-undang tersebut.

Pada masa sama, didapati tiada arsenik ditemukan dalam 72 produk pengguna berasaskan koko yang dipilih untuk analisis saintifik tersebut.

Penemuan menunjukkan bahawa produk organik juga tidak begitu baik, malah ia lebih teruk di mana ia dikenal pasti mengandungi dos logam berat yang lebih tinggi.

Bahkan, pengguna yang memilih untuk membeli produk berkualiti lebih tinggi juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada logam berat itu.

Pendedahan kepada logam berat terutamanya kadmium boleh menjejaskan fungsi buah pinggang dengan kanak-kanak dan wanita hamil menjadi golongan yang paling berisiko.

Walaupun satu hidangan coklat mungkin tidak menimbulkan risiko besar, pengambilan berlebihan atau kombinasi dengan sumber logam berat lain boleh menyebabkan pendedahan berlebihan.

Penyelidik mencadangkan perlunya pengawasan yang lebih ketat dan peningkatan kawalan kualiti dalam pengeluaran coklat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram