Lebih 1,000 warga Kepala Batas meriahkan program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’


  • Hiburan
  • Isnin, 18 Mac 2024

Program 'Ybae Suria Masuk Kampung' turut melibatkan aktiviti berbuka puasa dengan hidangan talam bersama lebih 1,000 jemaah dan solat terawih.

PENGANJURAN program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ di lokasi pertamanya pada Sabtu lalu di Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat sambutan yang cukup meriah dengan penglibatan lebih 1,000 warga di daerah tersebut.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, beliau sangat gembira dengan sambutan luar biasa diterima daripada pendengar setia Suria FM di Utara.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut antaranya merewang yang diadakan seawal pukul 9 pagi bersama penduduk di Masjid Al-Jamiul Badawi.

Selain itu, acara tersebut turut melibatkan agihan 800 bekas bubur kanji kepada pengunjung bazar Ramadan Kepala Batas, aktiviti berbuka puasa dengan hidangan di dalam talam bersama lebih 1,000 jemaah dan solat terawih bersama-sama.

BACA LAGI: Peniaga asal Kompleks PKNS perlu diberi keutamaan kekal imej ikonik Shah Alam — Azli Yusof

ybae (5)

Hadir sama pada program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ ialah Reezal Merican (tiga dari kanan).

Program kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan isterinya, Datin Seri Ismalina Ismail.

‘Ybae Suria Masuk Kampung’ juga diserikan dengan kehadiran barisan penyampai Suria, Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin.

“Buat pendengar Suria FM di Selatan, nantikan kedatangan penyampai, Datuk Fizz Fairuz, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin di lokasi kedua program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ yang bakal diadakan Sabtu ini (23 Mac) di Masjid Sungai Abong, Muar, Johor,” kata DJ Lin.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan tak hirau 'nasib Melayu', ini penjelasan MBAS kes peniaga berkelahi dengan anggota di Dataran Alor Setar

ybae (3)

‘Ybae Suria Masuk Kampung’ yang diadakan di Kepala Batas pada Sabtu lalu turut diserikan dengan kehadiran barisan penyampai Suria.

Dalam pada itu, pendengar Suria FM turut berpeluang bertemu Ajak dan Suria Wheels di Kembara Berkat Ramadan Aeon Mall yang akan berlangsung di Aeon Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan seperti agihan bubur lambuk, merewang dan pelbagai lagi acara lain menanti pengunjung di sana.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram