STESEN radio Suria FM kembali menyajikan seleksi program hiburan Aidilfitri menerusi kempen Raikan Yang Dirai pada 2024.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, kempen ini dijalankan bagi meraikan kedatangan Syawal yang bakal menjelma dengan penuh kesyukuran, keriangan dan kegembiraan.
"Bulan suci Ramadan telah tiba di penghujungnya dan semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang," katanya.
Antara program istimewa yang akan disiarkan termasuk Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Lagu raya Lebaran Menjelma; muzik video OST Nak Suami Raya; drama raya Suria berjudul Suami Raya.
Untuk maklumat, lagu raya Lebaran Menjelma yang disiarkan sejak Isnin boleh ditonton melalui pautan manakala muzik video Nak Suami Raya boleh disaksikan di pautan .
BACA LAGI: Harus hukum berbuka dengan bersetubuh tapi jangan abai adab di sisi Islam — Dr Zulkifli
Selain itu, orang ramai boleh menonton aksi di sebalik tabir Suami Raya yang bakal ditayangkan di YouTube bermula Selasa ini.
Drama itu menampilkan lakonan mantap dari pelawak, Azlee Senario dan barisan penyampai Suria FM, Cik Piah, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Suraya Borhan, Rara, Chiwan dan DJ Lin.
Drama raya terbaharu Suria FM itu bakal memberi kesan emosi kepada para penonton dengan kesudahan jalan cerita yang diluar jangka.
Buktinya, Azlee Senario turut mengakui drama itu memberi kesan yang mendalam kepada dirinya.
"Mak saya meninggal waktu saya usia 43 tahun. Jadi kadang-kadang bercakap sendiri dengan mak saya tetapi sebenarnya mak saya dah tiada.
"Sama macam dalam cerita itu, anak berborak dengan bapa tetapi sebenarnya bapa itu sudah tiada," katanya.
Azlee turut berpandangan drama itu merupakan sebuah karya yang sangat baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram