Pendengar Suria FM berpeluang rebut wang tunai RM500, jambangan bunga sempena Hari Ibu


  • Hiburan
  • Isnin, 06 Mei 2024

Sekitar majlis Anugerah Reader's Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

PENDENGAR Suria FM berpeluang merebut hadiah wang tunai RM500 dan jambangan bunga secara percuma untuk dihadiahkan kepada ibu anda bersempena sambutan Hari Ibu Sedunia menerusi peraduan Ratu Selamanya di Suria FM yang berlangsung sehingga Rabu ini (8 Mei).

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu memuat naik gambar atau video meraikan ibu anda di laman Instagram, Facebook, atau TikTok berserta tanda pagar #RatuSelamanya dan tag @SuriaMalaysia.

Pastikan akaun media sosial anda dalam keadaan umum dan ikuti akaun Suria Malaysia untuk memenuhi syarat penyertaan.

BACA LAGI: Suria FM kongsi rezeki, tawar RM36,000 untuk pendengar setia

BACA LAGI: Hanya 15 bulan di Suria FM, Shuib umum undur diri

WhatsApp Image 2024-05-06 at 19.31.38

Pendengar berpeluang memenangi hadiah untuk dihadiahkan kepada ibu bersempena sambutan Hari Ibu Sedunia.

Seramai lima pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan kapsyen yang kreatif, menyentuh emosi dan bertepatan dengan tema Hari Ibu.

Jadi tunggu apa lagi? Jom raikan ibu anda bersama Suria FM!

Info menarik buat semua pendengar setia Suria Cinta, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya dinobatkan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut-turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Meskipun tidak berpeluang hadir pada majlis penganugerahan atas faktor menunaikan ibadah umrah, DJ Lin tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya sehingga kini.

“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, pasukan Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.

"Sekalung penghargaan juga kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah berprestij ini.

"Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” ujarnya.

DJ LIN (1)

DJ Lin dinobatkan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut-turut.

Anugerah tersebut merupakan hasil daripada kajian bebas yang dilakukan agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

Kajian itu melibatkan 2,000 sampel individu pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka, merangkumi 45 kategori yang berbeza.

Dengarkan Suria Cinta bersama DJ Lin setiap malam di Suria FM bermula 8 malam hingga 1 pagi.

Mulai Isnin, anda juga berpeluang memenangi sebahagian daripada RM24,000 menerusi peraduan #LaguCintaGlowBetty.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram