PENGURUS Besar Suria FM sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya dinobatkan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut-turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin meluahkan rasa sebak apabila mengetahui mengenai berita gembira itu ketika menunaikan umrah di tanah suci.
"Terperanjat bila dapat pemberitahuan daripada Reader’s Digest Malaysia mengenai kemenangan itu. Perkara tersebut sangat memberi impak luar biasa kepada DJ Lin dengan apa yang terjadi sebelum ini.
BACA LAGI: Farina sanggup tinggalkan kerjaya wartawan demi pendidikan anak Sabah
BACA LAGI: Bimbing anak murid malas sampai ke menara gading jadi pembakar semangat Cikgu Teh didik anak bangsa
DJ Lin dinobatkan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut-turut.
"Saya rasa itu satu rezeki buat diri sendiri dan juga Suria FM," katanya kepada Majoriti.
DJ Lin turut beranggapan bahawa itu merupakan satu ketentuan ALLAH yang telah tertulis buatnya.
"Kalau rezeki bukan untuk kita tetap bukan untuk kita. Kalau tertulis milik kita, memang kita tetap peroleh benda itu.
"Saya akan terus buat yang terbaik dan lebih lagi untuk para pendengar Suria FM," katanya.
Anugerah tersebut merupakan hasil daripada kajian bebas yang dilakukan agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.
Kajian itu melibatkan 2,000 sampel individu pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk dan personaliti yang paling dipercayai oleh mereka, merangkumi 45 kategori yang berbeza.
Dengarkan Suria Cinta bersama DJ Lin setiap malam di Suria FM bermula pada pukul 8 malam hingga 1 pagi.
Mulai Isnin, anda juga berpeluang memenangi sebahagian daripada RM24,000 menerusi peraduan #LaguCintaGlowBetty.
Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram