‘Kejayaan ini hasil usaha dan komitmen anak-anak buah saya’, DJ Lin terharu Suria FM raih Anugerah Asia-Pasific Broadcasting+ 2024 di Singapura


  • Hiburan
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Ketua Pengarah Asia-Pacific Broadcasting+, Tim Charlton Publisher (kiri) bersama DJ Lin (kanan) di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura pada Khamis. 

SURIA FM berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024 bagi kategori Penstriman Radio Secara Langsung Di Malaysia di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura pada Khamis.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih kenali sebagai DJ Lin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan berprestij itu.

“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024. Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi semua pendengar setia kami," katanya.

BACA LAGI: Terima berita kejayaan di Mekah, DJ Lin sebak dinobat Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia buat kali ke-4

BACA LAGI: Konsert dibatalkan 'last minute', Kugiran Masdo pernah jadi busker 'bidan terjun' ubati hati duka lara

WhatsApp Image 2024-05-31 at 12.59.24 PM

DJ Lin bersyukur dapat pengiktirafan antarabangsa dalam kategori Penstriman Radio Secara Langsung Di Malaysia.

WhatsApp Image 2024-05-31 at 1.34.43 PM (1)

Pengurus Pemasaran, Christopher Gayondato (kiri), DJ Lin (tengah) dan Penolong Pengurus bahagian Digital, Amirul Farhan Abd Hadi semasa di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura pada Khamis.

DJ Lin juga beranggapan kejayaan itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan daripada semua pihak.

"Terima kasih kepada pihak Asia-Pacific Broadcasting+ atas anugerah ini, juga kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio," katanya.

Untuk rekod, Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ merupakan sebuah acara menarik yang bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi.

Program itu terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram