Anggota Rabbani, Nazrul meninggal dunia lepas 8 tahun menderita sakit buah pinggang


  • Hiburan
  • Rabu, 22 Mei 2024

Allahyarham Nazrul sudah tidak terlibat membuat sebarang persembahan bersama Rabbani sejak lebih tujuh tahun lalu akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu. — Facebook

ANGGOTA kumpulan Rabbani, Mohd Nazrul Azhar Tamrin yang mengalami masalah buah pinggang sejak lapan tahun lalu disahkan meninggal dunia di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 4.40 petang Rabu.

Berita pemergian arwah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun itu dikongsikan oleh kumpulan tersebut menerusi hantaran di Facebook rasminya.

"Al-Fatihah buat Allahyarham Nazrul Azhar Tamrin anggota Rabbani yang telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang bertakwa. Beliau menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Saujana Utama," menurut kenyataan itu.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

Urusan pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Saujana Utama dengan arwah akan dibawa ke masjid tersebut selepas waktu Maghrib.

Pada masa sama, proses pengebumian arwah akan dibuat di Saujana Utama pada malam ini.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Difahamkan, Allahyarham sudah tidak terlibat membuat sebarang persembahan bersama Rabbani sejak lebih tujuh tahun lalu akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram