MEMASUKI bulan Ramadan, kita bukan sahaja digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengingatkan kita kepaa kebesaran bulan mulia itu.
Selain daripada menunaikan solat tarawih, membaca al-Quran, rasa keinsafan itu boleh diterap menerusi irama muzik berbentuk kerohanian.
Lagu ketuhanan yang saraf dengan mesej positif dan nasihat agar manusia itu bersungguh-sungguh melaksanakan rukum Islam ketiga itu.
Menceritakan tentang kebesaran dan agungan ALLAH dalam memuliakan Ramadan untuk setiap umat.
Bahkan, pintu taubat dan pintu rezeki juga terbentang luas buat mereka yang istiqamah dan memelihara hati, lidah, telinga serta mata.
Segala puji-pujian kepada ALLAH turut boleh dilakukan dalam penyampaikan lagu yang liriknya menceritakan tentang Ramadan.
Berikut antara lima lagu tentang Ramadan yang bukan sahaja memberikan ketenangan, tetapi membakar semangat untuk melaksanakan sehingga tibanya Syawal.
Lagu: Ramadhan Tiba
Penyanyi: Opick
Lagu Ramadhan Tiba nyanyian Opick menjadi antara karya ikonik dan popular di Indonesia.
Sejak dihasilkan pada 2008, lagu itu kerap diputarkan di corong radio dan boleh dikatakan sebagai single wajib setiap kali tibanya Ramadan.
Sekadar perkongsian, pengacara Sherry Alhadad pernah melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu ini sewaktu sedang siaran langsung program Muzik-Muzik dua tahun lalu.
Sherry waktu itu dengan penuh yakin menyanyikan lirik lagu terbabit: “Marhaban tiba, marhaban tiba, marhaban tiba.”
Sebaliknya lirik asal berbunyi, “Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan. marhaban ya Ramadan.”
Perkara itu kemudian menjadi bahan jenaka oleh gandingan pengacara, Haziq Hussni yang tergamam dan ketawa dengan tindakan Sherry.
Sejak itu, setiap kali tibanya Ramadan, klip video Sherry terbabit kerap dimuat naik di media sosial.
Lagu: Ramadan
Penyanyi: Maher Zain
Penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain antara penghibur antarabangsa yang terkenal di nusantara.
Sejak lagu Insya-ALLAH yang diterbitkan pada 2009 mendapat sambutan luar bisa, Maher Zain kemudian menyanyikan lagu Ramadan dalam veris bahasa Melayu.
Single tersebut dilancarkan pada 2015 dan turut tersenarai sebagai lagu wajib setiap kali menjelang Ramadan.
Lagu: Harapan Ramadan
Penyanyi: Man Bai feat Raihan
Lagu Harapan Ramadan dihasilkan sepenuhnya oleh Man Bai bersama Farihin dan Ain pada 2007.
Mengetengahkan nilai positif dan nasihat, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang mengharapkan agar Ramadan dan bulan mulia ini memberikannya 1001 kebaikan berbanding sebelum ini.
Lagu: Ramadan Datang
Penyanyi: Tompi
Sebuah lagi karya seberang yang berjaya menambat hati pendengar tempatan. Lagu Ramadan Datang yang dinyanyikan 13 tahun lalu oleh Tompi itu masih menjadi siulan sehingga ke hari ini.
Sejak lagu itu dilancarkan, Tompi tidak lagi merakam single berbentuk kerohanian sehingga pada awal Mac lalu, dia menyanyikan semula lagu Ada Anak Bertanya Mana Bapaknya.
Lagu itu merupakan karya lama yang dinyanyikan semula oleh Tompi.
Lagu: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan
Penyanyi: Rabbani
Kemunculan kumpulan nasyid Rabbani dalam industri hiburan tanah air sekitar 1990-an, mereka berjaya membentuk ideologi baharu terhadap lagu berbentuk kerohanian.
Kebanyakkan lagu Rabbani berentak fast beat dan rancak. Itu secara tidak langsung memberikan nuansa muzik berbeza berbanding lagu nasyid lain.
Begitu juga dengan lagu Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan yang diterbitkan pada 2005.
Lirik lagu tersebut menggambarkan tentang perasaan seseorang yang bersungguh-sungguh beribadah demi memohon keampunan sepanjang Ramadan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram