Michelle Yeoh beri inspirasi kepada semua — Joe Biden


  • Hiburan
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah sebagai orang Asia dan Malaysia pertama memenangi Oscar. — AP

AKTRES Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan (Medal of Freedom) daripada Presiden AS, Joe Biden pada majlis rasmi di White House, Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Pingat itu diberi atas kejayaan bintang berusia 61 tahun itu muncul warga Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 pada Mac 2023.

Pada upacara penyampaian pingat itu, Biden berkata, Yeoh berjaya memecahkan dinding stereotaip lalu mempertingkat dan memperkayakan budaya AS.

BACA LAGI: Iklan minyak wangi berniat tarik perhatian bukan mahram pembuka kepada zina

2676719

Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah sebagai orang Asia dan Malaysia pertama memenangi Oscar. — AP

BACA LAGI: 'Ada bayi lahir besar melampau cecah 5kg', ketahui risiko ibu hidap diabetes semasa hamil

"Peranan Yeoh mengatasi jantina, budaya dan bahasa. Daripada seni bela diri hingga komedi romantis, sains fiksyen, semuanya menunjukkan persamaan yang kita semua miliki.

"Sebagai warga Asia pertama memenangi Oscar, Yeoh menghubungkan budaya bukan saja untuk menghiburkan, tetapi, memberi inspirasi serta membuka mata ramai hingga kini... Tahniah," katanya.

Yeoh yang berasal dari Ipoh, Perak menerima pingat itu selain 18 individu lain yang kini menduduki barisan penerima anugerah sivil tertinggi AS.

Yeoh melakar sejarah apabila diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar menerusi filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO).

Pingat Kebebasan Presiden dianugerahkan kepada orang awam dan anggota tentera yang tidak terhad kepada rakyat AS. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram