KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Itulah ungkapan tepat menggambarkan betapa berharganya kedua-dua susuk ini dalam hidup setiap insan.
Terlalu besar pengorbanan dan jerih perih mereka dalam mendidik dan mendewasakan anak-anak tanpa mengharapkan sebarang balasan.
BACA LAGI: Pernah rasa diri tiada 'luck', pekerja IT tak sangka mudah menangi hadiah mingguan kempen Majoriti
BACA LAGI: Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang
Disebabkan itulah, Hari Ibu Bapa juga menjadi momen yang cukup ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar daripada kita.
Pada waktu inilah, kebiasaannya anak-anak akan meraikan kedua-dua orang tua mereka melalui pelbagai cara dengan niat untuk meluahkan kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa yang dilimpahkan selama ini.
Apatah lagi, dengan kepadatan jadual bekerja, mungkin masa yang diperuntukkan untuk ibu bapa tercinta juga semakin berkurangan, tanpa disengajakan.
Justeru bersempena Hari Ibu Bapa pada tahun ini, Majoriti ingin turut bersama-sama anda meraikan detik yang cukup bermakna buat setiap keluarga.
Mulai 6 Mei hingga 16 Jun ini, di samping berkongsi memori paling berharga bersama kedua-dua ibu bapa, pelanggan setia portal ini juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1,500.
Antara hadiah lumayan yang boleh dimenangi termasuklah Jam Fitbit Luxe bernilai RM618, set kuali Cosmic Cookware bernilai RM617, e-baucar Touch 'n Go bernilai RM300 dan juga e-baucar Thai Odyssey bernilai RM200.
Sambutan Hari Ibu Bapa pastinya menjadi momen yang cukup ditunggu-tunggu oleh ramai individu.
Apabila bersama-sama berkongsi kasih dan sayang serta saling mendukung antara satu sama lain, ia secara tidak langsung mengingatkan kita betapa pentingnya keutuhan hubungan sebuah keluarga.
Hanya melalui hubungan kekeluargaan ini, kita dapat membentuk ikatan komuniti yang lebih kukuh.
Apatah lagi apabila hidup dalam zaman yang komunikasinya sering berlaku secara digital, sedikit sebanyak mungkin membataskan perhubungan sesama ahli keluarga.
Jangan lepaskan peluang untuk meraikan ibu bapa anda dan dalam masa sama berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.
Untuk menyertai peraduan ini, sila layari [bit.ly/majoritiselamathariibubapa24_5] dan kongsikan memori paling indah bersama ibu bapa anda.
Jadi tunggu apa lagi? Jom raikan ibu bapa anda bersama Majoriti sekarang! Tertakluk kepada terma dan syarat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram