[VIDEO] 'Berpartner' dalam bisnes tidak akan bertahan lama, jika anda jenis tidak mahu kalah


  • Bizz
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Mempunyai rakan kongsi adalah salah satu usaha untuk memperkasakan perniagaan. — Gambar hiasan

MENCEBURI bidang perniagaan memang banyak cabarannya. Melantik rakan kongsi dalam perniagaan juga menjadi antara risiko yang dihadapi para usahawan.

Bagi sesetengah peniaga, mempunyai rakan kongsi adalah salah satu usaha mereka untuk memperkasakan perniagaan.

Bagaimanapun yang menjadi persoalan, adakah semua individu layak atau mampu menggalas tanggungjawab sebagai rakan kongsi dengan baik?

BACA LAGI: Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’

BACA LAGI: Tak kedekut ilmu bisnes, ikut rapat 5 anak muda, otai usahawan jika mahu sukses berniaga

photo_6190240577820408736_x

Usahawan perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. — Gambar hiasan

Seorang pakar dalam bidang perniagaan, Abdul Basit Abdul Rahim berpandangan, seseorang itu perlu mengetahui sama ada diri mereka sesuai atau tidak untuk menjalankan perniagaan secara berpasangan.

Beliau berkata, terdapat beberapa aspek yang boleh dipertimbangkan jika mahu menjadi atau mencari rakan kongsi dalam perniagaan.

Menurutnya, usahawan perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

"Kita kena tahu bila waktu sesuai untuk bercakap, berkomunikasi, untuk menegur dan tahu bila nak nak kena sampaikan dan terima teguran. "Biasanya berpasangan tidak tahan lama sekiranya dia tidak ada ilmu komunikasi yang bagus.

"Nak tahu kita ini sesuai berpasangan atau tidak, (kena tahu sama ada) kita ini jenis orang yang mahukan benda itu semua cepat, nak segera, misalnya nak untung segera?" katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram pada 10 April 2023.

Jelas beliau, sebagai rakan kongsi yang baik, anda perlu menjadi seorang insan yang penyabar dan selalu mengalah.

"Menjadi rakan kongsi sesuai untuk mereka yang boleh bersabar dan (jika) sabar itu (bertahan) lama, maka anda adalah orang yang sesuai untuk berpasangan," ujarnya.

Abdul Basit turut berpendapat, sifat toleransi juga amat penting dalam hubungan sesama rakan kongsi.

"Adakah anda seorang yang bertoleransi dan senang dibawa berbincang?

"Jika anda jenis yang tidak mahu mengalah, jangan sesekali berpasangan dalam perniagaan, memang asyik gaduh sahaja," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram