'Lakonan itu bakat kami', Azlee Senario kecewa terima bayaran tak setimpal watak


  • Hiburan
  • Khamis, 04 Apr 2024

Azlee Senario kecewa pernah ditawarkan harga murah untuk berlakon watak penting meskipun bergelar pelakon veteran berpengalaman.

PELAWAK Azlee Senario terkilan apabila terdapat syarikat produksi yang menawarkannya harga bayaran rendah bagi melakonkan watak penting.

"Saya pernah ditawarkan untuk berlakon watak yang agak penting juga tetapi bayarannya hanya RM500 sehari.

"Saya pun cakap (perli) dekat dia apa kata bagi nombor akaun adik, abang transfer (tapi) adik pula berlakon," katanya kepada Majoriti.

Dengan apa yang pernah terjadi kepada dirinya, Azlee berharap agar tiada produksi yang mengambil kesempatan ke atas golongan pelakon veteran.

"Saya berasa amat sedih seolah-olah bakat pelakon-pelakon 'otai' ini sama sekali tidak dihargai.

"Kalau di Hollywood pelakon-pelakon lama lagi mahal bayarannya tetapi kalau di Malaysia terbalik pula. Duit mungkin wang mereka (syarikat produksi) tapi lakonan itu bakat kami," katanya.

Sebagai pelakon lama, Azlee tidaklah mengharapkan bayaran harga yang terlalu tinggi.

Namun, dia menganggap perlunya keseimbangan antara bayaran dengan juga kerja yang perlu dilakukan agar setimpal.

BACA LAGI: Simpan bukti kena buli, dapatkan bantuan elak alami depresi

photo1712224821

Azlee Senario kini rajin membuat live di TikTok.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kadang kala saya bercakap sendiri dengan arwah mak,' Azlee Senario terkesan emosi drama raya Suria FM

Dalam perkembangan berbeza, Azlee turut memberi cadangan buat artis lama agar menggunakan platform media sosial untuk memperoleh pendapatan.

Azlee tidak berasakan perkara itu sebagai salah satu cara untuk menagih sedekah, tetapi sebaliknya menganggap sebagai hadiah daripada peminat.

"Bukan kita nak minta sedekah. Tidak. Tapi orang beri gift (hadiah) dan kita anggap itu hadiah daripada orang," katanya.

Dengan cara itu juga, artis lama yang pernah mengecapi populariti tersendiri mampu lebih dekat dengan peminat yang turut merindui mereka.

"Saya baru-baru ini guna TikTok dan saya tengok sebenarnya hanya dengan menggunakan TikTok boleh dapat banyak duit.

Selepas rajin memunculkan diri dalam live di Tiktok, Azlee kini mampu membiayai hidupnya dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada media sosial berkenaan.

"Tak sangka saya boleh jana pendapatan di situ dan terkejut orang boleh bagi hadiah sebanyak itu. Ada yang beri singa, paus, macam-macamlah yang saya dapat. Setiap gift haiwan itu ada nilai berbeza-beza.

"Dalam masa lima minit pada hari pertama itu, saya dapat RM8,900," katanya.

Azlee yang terkenal dalam filem Senario kini meletakkan sasaran yang boleh diraih menerusi live di TikTok.

"Sasaran saya, satu hari saya nak jana RM500. Tapi, kalau dapat lebih, itu bonus. Kenapa saya nak RM500? Sebab kalau didarabkan dengan sebulan, insya-ALLAH boleh raih hingga RM15,000," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram