PELBAGAI juadah pasti menggamit selera selepas seharian menjalani ibadah berpuasa. Tidak kira di desa ataupun bandar besar, bazar Ramadan adalah lokasi yang pasti menjadi pilihan orang ramai untuk membeli makanan bagi berbuka puasa.
Menu-menu menarik seperti martabak, ayam percik, kambing panggang, nasi kerabu, aneka lauk-pauk dan kuih-muih seperti tepung pelita sepeti sudah menjadi menu lazim setiap kali ke bazar Ramadan.
Para peniaga juga semakin kreatif dengan menambah perisa tambahan seperti keju dan sebagainya untuk mempelbagaikan juadah masing-masing.
Namun, di sebalik itu ada juga peniaga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual menu-menu tangkap muat.
Bayangkan perut yang menahan lapar dari pagi tentunya akan kecewa apabila terbeli juadah sebegini.
Berikut Majoriti menyenaraikan beberapa juadah yang akan membangkitkan kemarahan pengunjung ketika Ramadhan.
BACA LAGI : Bazar Ramadan: Kalau masak tak sedap jangan berniaga!
1. Karipap Angin
'Karipap angin' antara perkara topik yang sering menjadi buah mulut orang ramai ketika tibanya bulan Ramadan.
Umum mengetahui bahawa kuih karipap perlu mempunyai inti lengkap.
Namun, 'karipap angin' antara perkara topik yang sering menjadi buah mulut orang ramai ketika tibanya bulan Ramadan.
Ia dipanggil begitu kerana keadaan karipap yang dari luar nampak kembung, tapi apabila dimakan intinya hanya sedikit.
Malah ada pengunjung malang yang secara tidak sengaja terbeli karipap yang hanya mengandungi inti karipap yang hanya mengandungi kentang busuk.
BACA LAGI : [VIDEO] Bukan saja-saja minta tolong, pemuda OKU berkerusi roda minta maaf susah nak bayar masa isi minyak
2. Onde-onde tanpa gula merah
Ada yang mengambil kesempatan dengan tidak memasukkan inti gula merah dalam onde-onde.
Kelembutan dan kemanisan onde-onde atau dikenali sebagai buah melaka menjadi antara manisan utama setiap kali berbuka puasa.
Namun, ada yang mengambil kesempatan dengan tidak memasukkan inti gula merah yang menjadi tumpuan utama kuih itu.
Ini kerana mereka mahu mengaut keuntungan tanpa mengeluarkan modal besar sepanjang berniaga di bulan mulia tersebut.
Jika ada inti sekali pun, kebiasaanya warna gula merah tersebut kurang pekat dan keadaan itu tetap tidak mendatangkan rasa tidak puas hati pengunjung tentang kualiti kuih yang dijual.
BACA LAGI : [VIDEO] Gara-gara salah beli rokok, lelaki tetak, benam anak tiri sampai mati
3. Donut palsu
Donut palsu yang diperbuat dari roti burger.
Warga maya pernah dikejutkan dengan peniaga donat didakwa tidak jujur dengan menjual roti burger yang dijadikan ‘donat’.
Roti burger tersebut dilaporkan dipotong, dibuat bulatan di tengah, dan digunakan sebagai donat. Kemudian, ia dicelup dengan pelbagai perisa dan ditabur dengan pelbagai hiasan.
Susulan daripada itu, rata-rata warga maya meluahkan rasa risau dan berpendapat akan ada peniaga bazar Ramadan yang mengambil kesempatan membuat perkara yang sama.
4. Air paip terus letak kordial
Waspada air kordial yang mengandungi air paip boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Ramai peniaga air balang menggunakan tarikan warna dalam usaha menarik pelanggan ke gerai mereka.
Dari jauh lagi kita dah boleh nampak warna-warni air balang yang kadang kala sungguh menyelerakan terutamanya ketika cuaca panas.
Namun bila diminum, air yang diinginkan itu rasa biasa sahaja dan manis ekoran kandungan gula yang sangat tinggi.
Pada masa sama, masalah peniaga menggunakan air tidak dimasak juga terus kedengaran, kerana ada segelintir peniaga air ini cuba merendahkan kos penyediaan.
Sudahlah air tak dimasak, apa yang dijual sebagai 'jus' bila dihirup, rupanya kordial.
BACA LAGI : Bazar Ramadan: Peniaga paranoid, bimbang sejarah mungkin berulang
5. Makanan basi
Peniaga makanan di bazar dinasihatkan jujur dalam menyediakan makanan terutamanya daripada sudut kualiti dan penjagaan makanan. — Gambar Hiasan
Peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi adalah isu yang sering kali kita dengar.
Setiap tahun, ada sahaja pengguna media sosial berkongsi pengalaman buruk mereka membeli aneka makanan yang kelihatan menarik, namun berakhir kecewa tatkala ingin menjamu selera ketika berbuka puasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram