[VIDEO] Keseronokan keluarga luang masa bersama bertukar tragedi, anak ditikam wanita gila tak dikenali


  • Benua
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Tangkap layar sebuah keluarga yang tidak didedahkan identitinya berdepan dengan detik cemas apabila kedua-dua anak mereka diserang oleh seorang wanita yang tak dikenali di Rusia pada 2019. — Agensi

MENJADI ibu bapa bukan hanya bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan anak, tetapi juga keselamatan mereka.

Oleh yang demikian, ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak mereka dari segala bahaya dan malapetaka.

Pada 27 Ogos 2019, sebuah keluarga yang tidak didedahkan identitinya berdepan dengan detik cemas apabila kedua-dua anak mereka diserang oleh seorang wanita yang tak dikenali.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berdekatan dan video berkenaan masih lagi menjadi bualan ramai sehingga kini.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian ngeri itu berlaku di Pekini Street dekat Tbilisi, Georgia, Rusia.

Melalui rakaman CCTV berkenaan, keluarga bahagia itu dilihat sedang meluangkan masa berjalan-jalan di bandar tersebut.

Namun, keseronokan keluarga berkenaan terganggu apabila seorang wanita secara tiba-tiba menikam anak lelaki mereka menggunakan pisau di muka.

BACA LAGI : 'Kepercayaan' ibu bapa antara punca anak guna helmet kualiti rendah — Pakar

BACA LAGI : [VIDEO] Abang cari saksi, tuntut bela kematian adik kemalangan di Juru

Tekejut dengan insiden itu, ibu mangsa menolak suspek dan melindungi anaknya.

Namun suspek bertindak lagi ganas dan cuba menikam anak perempuan mereka pula.

Percubaan suspek bagaimanapun gagal apabila bapa kepada kanak-kanak tersebut berjaya menghalangnya sebelum mengejar wanita itu ke tengah jalan.

Suspek yang berusia 50 tahun itu juga cuba mencederakan bapa mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Usai daripada kejadian itu, keluarga malang itu terus membuat laporan polis di balai yang berdekatan.

Kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun berkenaan mengalami kecederaan di muka dan mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

Suspek kemudian berjaya ditahan sehari selepas kejadian. Namun tidak didedahkan punca sebenar suspek bertindak sedemikian.

Difahamkan, wanita tersebut telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram