KEINDAHAN Pantai Bisikan Bayu di Pasir Puteh dekat Kelantan yang sebelum ini menjadi lokasi riadah pengunjung kini bertukar wajah gara-gara tindakan segelintir individu yang membuang sampah sesuka hati di sepanjang pesisir pantai berkenaan.
Malah keadaan pantai yang kotor itu sekali gus tidak menggambarkan sebenar imej Kelantan sebagai negeri Islam sebenar.
Manakan tidak, Islam itu sendiri semenangnya dikenali sebagai agama yang menuntut umatnya menjaga kebersihan yang bukan sahaja membabitkan diri sendiri, bahkan persekitaran yang dikelilingi pelbagai makhluk ALLAH.
Namu, tular satu video pada Sabtu di laman media sosial X (Twitter), @f4kr0ls00d menunjukkan keadaaan pantai tersebut kotor dan dipenuhi longgokan sampah.
Melalui video yang dikongsikan terdapat banyak longgokan bahan buangan seperti bekas makanan polisterin, sisa makanan dan lampin pakai buang yang ditinggalkan pengunjung.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara salah beli rokok, lelaki tetak, benam anak tiri sampai mati
Suffi kamari rajin tgk benda ni. @PASPusat pic.twitter.com/Mqkd9tv32b
— Pawang S00D
Sampah sarap yang dibiarkan di tepi pantai itu bukan hanya menjejaskan pemandangan, malah turut menyakitkan mata.
Pada masa sama, kelihatan haiwan peliharaan penduduk tempatan seperti kambing dilihat berkeliaran di kawasan tersebut.
Tarikh sebenar video itu tidak dapat dipastikan tetapi lokasinya dipercayai sah di Kelantan memandangkan babak yang menunjukkan nama 'MDPP' yang merujuk kepada Majlis Daerah Pasir Puteh.
Pihak Majoriti telah cuba menghubungi pihak MDPP bagi mendapatkan respons tetapi gagal menerima sebarang maklum balas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan itu.
"Masyarakat di sana perlu diajar atau didik. Jangan buang sampah merata-rata," tulis
@RazrRazer.
Seorang warga maya, @dinz512 meninggalkan komen sinis seolah-olah tidak percaya video itu dirakam di Kelantan.
"Macam tak percaya negeri yang ditadbir pemimpin mengamalkan corak Islamik tidak mengamalkan tatcara Islam yang mengamalkan kebersihan.
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Fikir-fikirkan," tulisnya.
@azizeegolfzz meluahkan rasa malu bila melihat video berkenaan.
"Sungguh memalukan bila kata Kelantan Serambi Mekah, membangun bersama Islam. kalau macam ini, tukar gelaran jadi 'Kelantan Darul Sampah'," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram