SEJAK beberapa bulan yang lalu, fenomena Cancel Culture& atau budaya menyekat sokongan terhadap seseorang individu yang popular telah menjadi topik utama dalam perbincangan sosial, terutama di dalam industri hiburan di Korea Selatan atau K-Pop.
Korea Selatan, dengan industri hiburan yang berkembang pesat dan penggemar yang fanatik dan jumlah yang luar biasa, tidak terkecuali dari fenomena ini.
Artikel ini akan mengulas berkenaan Cancel Culture terhadap industri hiburan Korea Selatan dengan secara terperinci termasuk kesan, punca, kebaikan dan perubahan terhadap sosial dengan lebih mendalam.
Secara am, Cancel Culture& merujuk pada perbuatan atau gerakan menyingkirkan atau boikot terhadap seseorang tokoh publik yang dianggap melakukan pelanggaran etika, moral, atau perilaku yang meletuskan isu yang kontroversial atau kurang menyenangkan di mata peminat dan netizen.
Di Korea Selatan, industri hiburan seperti K-pop dan drama televisyen yang memiliki pengaruh global yang sangat besar dan luas, fenomena ini muncul sebagai respons terhadap ketidakpuasan terhadap perilaku selebriti atau individu terkenal.
Pengaruh K-pop amat luas sehingga ke negara Barat. — Gambar Hiasan
Seperti contohnya, apabila seorang penyanyi idola K-pop atau selebriti melakukan perkara seperti menyebut perkataan yang mencerca perkauman, tidak sedar tentang sensitiviti dan ‘uneducated’.
Seiring dengan meningkatnya popularitasi media sosial seperti aplikasi TikTok dan X, kekerapan netizen untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan pendapat terhadap isu yang kian viral telah meningkat secara signifikan.
Sebelumnya, pelbagai insiden yang mungkin ditunjukkan oleh media utama sekarang dapat menjadi fokus perhatian publik secara cepat melalui platform seperti Facebook, Instagram, dan aplikasi yang diciptakan khas untuk peminat-peminat artis K-pop itu sendiri seperti Weverse dan Bubble.
Ini mengakibatkan munculnya Cancel Culture sebagai alat bagi masyarakat dan peminat untuk mengekspresikan ketidaksetujuan mereka terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh selebriti dan secara langsung berusaha untuk mencapai dan dinotifikasi oleh selebriti tersebut agar mereka boleh mengedukasi dan memberi pengajaran secara terbuka agar kesilapan yang dilakukan tidak diulangi semula dan tidak mencalarkan imej mana-mana pihak.
Dalam menghadapi Cancel Culture, selebriti dan perusahaan hiburan di Korea Selatan mengalami tentangan serius.
Hal ini dapat menyebabkan saham dan bisnes mereka jatuh merudum disebabkan oleh boikot yang dijalankan.
Peminat tidak lagi berinteraksi dengan akaun-akaun media sosial artis, tidak lagi mengikuti perkembangan artis dan menyekat sepenuhnya pembelian barangan keluaran artis seperti album dan kad foto.
Meskipun tidak dapat diabaikan lagi bahawa beberapa tindakan dan perkataan yang dilakukan, dipermalukan dan disebarkan oleh masyarakat memang layak dikecam, terdapat juga situasi di mana ‘cancel culture’ ini terjadi tanpa investigasi yang menyeluruh dan terperinci.
Kegilaan peminat terhadap artis kesayangan masing-masing ternyata mempunyai had tersendiri. — Gambar Hiasan.
Ini dapat meningkatkan risiko ketidakadilan dan kerosakan reputasi yang sangat menjatuhkan bagi individu atau perusahaan hiburan.
Selain itu, perusahaan hiburan harus bertindak dengan cepat demi menjaga imej dan nama baik agensi dan para artis mereka.
Pengelolaan krisis dan strategi komunikasi menjadi aspek penting dalam meminimalkan kesan negatif Cancel Culture terhadap artis atau individu yang berkaitan.
Meskipun tujuan Cancel Culture mungkin bermula dari keinginan untuk memperbaiki perilaku yang negatif dan tidak beretika, impaknya terhadap karya seni dan kreativiti seorang artis itu menjadi kontroversi.
Beberapa seniman atau individu mungkin dikenakan hukuman seperti ‘backlash’ tanpa adanya kesempatan untuk memulihkan kesalahan diri atau peluang pembelajaran.
Selain dari itu, kesan Cancel Culture ini terhadap seseorang itu berisiko menjatuhkan semangat mereka dalam meneruskan perkaryawan, dan juga dalam kehidupan seharian.
Ini kerana, bukan sahaja para artis ini dikecam dengan teruk di alam maya, mereka juga akan mendapat kesannya secara fizikal kerana terdapat sesebuah kumpulan yang digelar ‘sasaeng fan’ iaitu istilah yang popular di Korea Selatan untuk peminat taksub yang bertindak dengan cara yang menceroboh privasi idola Korea, pelakon drama atau tokoh masyarakat lain sebagai ancaman industri hiburan.
Mereka ini akan mendekati para artis ini semata-mata untuk menganggu ketenteraman mereka di dunia nyata.
Hal ini dapat menyebabkan kekacauan mental dan fizikal.
BACA LAGI: [VIDEO] Terpalit kontroversi, nama Ira Kazar tertinggi dalam carian Google
Sebagai solusi terhadap kejadian Cancel Culture, beberapa perusahaan hiburan di Korea Selatan mulai menetapkan kontrak perjanjian atau ketetapan perilaku dan etika yang lebih ketat bagi selebriti mereka.
Hal ini dapat menerbitkan evolusi respons lebih tegas terhadap permintaan publik serta peminat.
Maka, usaha untuk mencegah insiden yang telah dilakukan oleh artis mereka dapat dikurangkan dan dihapuskan serta-merta.
Hal ini kerana, nilai seseorang artis itu tidak akan bermakna tanpa sokongan peminat mereka.
Dalam mengevaluasi keberkesanan Cancel Culture di Korea Selatan, penting untuk mempertimbangkan pertanyaan etika dan tingkat kesedaran sosial yang dialaminya.
Seperti contoh, “Apabila seseorang individu atau organisasi itu dibatalkan dan diboikot, adakah tujuan melakukan hal sedemikian untuk menghukum atau mengajar dan memulihkan?”.
Peminat fanatik sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik artis kesayangan mereka. — Gambar Hiasan
Kita juga sudah sedia maklum walau betapa negatifnya perilaku seseorang individu itu, mereka tetap akan berubah kearah kebaikkan setelah mereka mengakui dan menyedari kesilapan diri mereka masing-masing.
Ini adalah perkara yang perlu ada dalam setiap diri manusia tidak kira pangkat dan status.
Kesimpulannya, fenomena Cancel Culture di Korea Selatan tidak hanya menciptakan perubahan dramatis dalam cara masyarakat menanggani perilaku kontroversi dalam industri hiburan, tetapi juga membuka ruang untuk refleksi diri secara mendalam tentang nilai-nilai etika, keadilan, dan kebebasan berekspresi.
Keberkesanan Cancel Culture sebagai instrumen perubahan sosial masih terus diperdebatkan, namun, apa yang jelas adalah perlunya pendekatan yang seimbang untuk menilai dan merespons tindakan yang dipertanyakan.
Dengan demikian, sementara Cancel Culture dapat menjadi kekuatan pendorong perubahan positif, penting untuk kita terus menjaga keseimbangan yang menghormati keadilan, pembelajaran, dan keberlanjutan industri hiburan yang kreatif di Korea Selatan.
Akhir kata, jagalah adab dan etika sebagai seorang manusia walau siapapun diri kita ini. — Majoriti
Nur Athira Naziha merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu Universiti Sains Islam Malaysia.
*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram