MESKIPUN tidak membintangi sebarang rancangan televisyen atau filem utama tahun ini, anak keempat kepada pelakon veteran Kazar Saisi yang dikenali dengan nama Ira Kazar muncul sebagai orang pertama carian paling tertinggi pada tahun 2023 di Google Malaysia.
Google mengeluarkan Year In Search 2023 yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia penggemar berita terhangat apabila ia berkaitan dengan selebriti.
Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazruddin menjadi bualan ramai selepas menjadi orang ketiga sekali gus terlibat dalam pergolakan rumah tangga di antara pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah.
Lebih mengejutkan lagi, Syamsul mengumumkan telah bernikah dengan Ira di Thailand pada 6 Januari lalu yang menyebabkan carian nama Ira Kazar berada di kemuncak teratas sejak Januari.
Isteri pertamanya, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan penceraian selepas mengalami kemelut rumah tangga.
Syamsul mengumumkan telah bernikah dengan Ira di Thailand pada 6 Januari lalu yang menyebabkan carian nama Ira Kazar berada di kemuncak teratas sejak Januari.
Dalam pada itu, pergolakan rumah tangga pasangan Syamsul dan Puteri Sarah menemui titik noktah apabila mereka mengesahkan penceraian pada 14 Jun 2023.
Terlibat dalam sensasi hebat, bekas pasangan, Puteri Sarah dan Syamsul turut muncul dalam senarai carian ke-10 tertinggi di Google.
Mengulas lanjut, pemilik nama, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menduduki tempat nombor kelima tertinggi manakala bekas suaminya, Syamsul menduduki tempat keenam carian teratas di Malaysia.
Sementara itu, individu lain yang tersenarai dalam carta terbabit ialah pelawak wanita Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia ketika membuat jenaka dalam satu persembahan.
Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh pula menduduki tempat ketiga dan diikuti rapat oleh isteri pengarah Sabri Yunus, Ardini Angeline Tanyang yang berada di kedudukan keempat.
“Ketika rakyat Malaysia bergelut dengan perubahan yang berlaku di dunia, daripada cuaca kepada kes global, rakyat pasti cuba merungkai jawapan untuk memahami semuanya. Kami menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang terjejas dengan isu yang terjadi, memantau keputusan pilihan raya dan mencari bantuan kewangan lebih daripada segalanya,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Selain itu, 10 carian teratas di bawah kategori berita tersohor pula jatuh kepada berita Sumbangan Tunai Rahmah yang mendapat tempat pertama, diikuti dengan berita mengenai perang di Israel dan Gaza, dan berita pilihan raya negeri di Malaysia pada Ogos, selain eBelia Rahmah yang berada di nombor keenam carian.
Dalam pada itu, kategori carian tertinggi mengenai seseorang yang meninggal dunia jatuh kepada nama penyanyi, Coco Lee, manakala tempat kedua diungguli oleh Hong Kong Abby Choi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram