Santai sambil jana pendapatan? Ketahui 5 hobi buat duit


  • Hobi
  • Rabu, 03 Jan 2024

Terdapat banyak hobi yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.

HOBI merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu santai demi kepuasan dan memberi ketenangan hati kepada seseorang.

Sesetengah individu memiliki hobi yang dapat memberi pulangan berbaloi kepada dirinya.

Terdapat banyak hobi yang mudah dilakukan dan dapat digunakan untuk menjana pendapatan antaranya:

0_SinJAijPmLmR0KUB

Melancong ke luar negara bukan sahaja memberi ketenangan tetapi dapat menjana pendapatan.

1) Melancong

Tidak dinafikan, rata-rata masyarakat sangat menggemari aktiviti melancong ke lokasi popular apatah lagi destinasi itu viral di media sosial.

Ini kerana, melancong ke tempat popular seperti di luar negara sudah pasti dapat memberi pengalaman yang cukup mengujakan.

Malah, sesetengah individu menggunakan hobi yang diminati ini sebagai sumber pendapatan dengan cara menjadi travel blogger, vlogger, influencer, tour guide, menjual tiket dan juga mengusahakan 'jastip' atau personal shopper.

Lebih menarik, vlog yang dibuat secara hiburan sering kali dimuat naik ke media sosial sehingga membolehkan seseorang memperoleh pengikut tinggi dalam kalangan individu yang meminati hobi yang sama.

2) Fotografi

Aktiviti fotografi boleh menjana wang terutama bagi mereka yang minat dengan gajet atau kamera.

Lebih menguntungkan, seseorang yang memiliki kemahiran fotografi dan kamera berkualiti mampu menghasilkan foto yang cantik sehingga boleh dijual.

Malah, bidang fotografi ini juga mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam sektor korporat bagi mempromosikan produk bagi tujuan pemasaran.

Bukan itu sahaja, fotografi juga amat diperlukan ketika majlis perkahwinan, perpisahan serta majlis-majlis besar.

ls-medium-2ef3a4c0575ae5328d064d815b0cda8f

Hobi memasak dapat menjadi punca pendapatan seseorang.

3) Memasak

Memasak merupakan jenis hobi universal yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana tabiat kita yang suka snacking.

Segelintir individu sangat menyukai untuk mencuba resipi terbaharu yang terdapat di Youtube atau laman web lain di media sosial.

Hobi memasak ini sememangnya memberi kepuasan malah jangan terkejut jika hobi ini boleh membawa kepada pembukaan perniagaan seperti food truck atau kafe.

Malah, ramai individu yang berjaya mencipta resipi dan menu sendiri sebelum diviralkan seperti 'sambal nyet' oleh Khairul Aming.

cara-mulai-menulis

Menulis mampu menjadikan seseorang memiliki pemikiran kritis untuk menciptakan suatu karya.

4) Menulis

Segelintir individu gemar menghabiskan masa mereka dengan menulis sama ada, sajak, puisi atau apa sahaja coretan penuh beremosi.

Menulis mampu menjadikan seseorang memiliki pemikiran yang kritis dan luas untuk menciptakan suatu karya.

Kini, kemahiran penulisan boleh menjana pendapatan kerana banyak syarikat yang memerlukan kepakaran dalam bidang penulisan.

Contohnya, banyak pekerjaan yang boleh dicuba oleh mereka yang bercita-cita untuk menjadi penulis UX atau penulis kandungan untuk blog dan laman web.

ca-times.brightspotcdn-1

5. Berkebun

Bagi individu yang meminati tanaman, berkebun merupakan salah satu aktiviti yang dapat dilakukan pada waktu senggang.

Kini, aktiviti berkebun atau bercucuk tanam sama ada menanam sayur-sayuran, pokok hiasan atau bunga-bungaan sudah menjadi hobi biasa dalam kalangan masyarakat.

Hasil penanaman pokok atau sayur-sayuran itu akan di pasarkan menerusi platform e-dagang seperti Shopee atau Lazada.

Anak pokok yang banyak terjual di laman e-dagang adalah seperti anak pokok limau kasturi, pokok sena, cili dan anak pokok terung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram