PUSAT beli-belah popular di Cheras Selatan kini dibuka semula dengan wajah baharu bersertakan keunikan yang berbeza.
Menjadi satu daripada cawangan pusat beli-belah terkemuka di Malaysia, AEON Co. (M) Bhd. atau AEON, dengan bangganya meraikan pencapaian penting dalam pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan pada 1 Disember lalu.
Mula beroperasi pada 28 Disember 2006, AEON Mall Cheras Selatan telah menjadi destinasi membeli-belah dan hiburan kepada penduduk sekitar Balakong dan Cheras untuk memenuhi segala keperluan mereka. Pembukaan ini merupakan pasar raya AEON ke-13 dan stor yang ke-16 di Malaysia.
Selama hampir dua dekad, AEON Mall Cheras Selatan yang menempatkan lebih 90 premis dengan menawarkan pelbagai pilihan daripada makanan, barangan keperluan harian, fesyen sehinggalah hiburan telah memberikan perkhidmatan yang begitu efektif kepada penduduk Cheras Selatan.
Demi meningkatkan keselesaan, AEON Mall Cheras Selatan kini dibuka semula dengan perubahan wajah kontemporari bagi menghargai pelanggan mereka yang setia sepanjang 17 tahun itu.
Dengan proses naik taraf dan pengubahsuaian mengikuti perkembangan semasa, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman baharu, menampilkan kaunter pembayaran sendiri (self-checkout counter), sumber tenaga solar dan produk berkualiti tinggi di bawah jenama in-house AEON iaitu Home Coordy dan innercasual (iC).
Home Coordy ialah jenama fesyen isi rumah yang terkenal dengan piawaian kualiti yang ketat, reka bentuk yang ringkas dan moden, sesuai bagi pelanggan yang meminati konsep minimalis. Setiap produknya direka dengan teliti bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan inovatif.
Manakala iC pula adalah jenama pakaian sukan "athleisure" yang menggunakan teknologi terkini dari Jepun dan menggunakan fabrik mesra alam dalam kesemua produknya.
YB Datuk Seri Mohd Sayuthi meninjau "self-checkout counter" di pasaraya AEON Cheras Selatan.
Selaras dengan komitmen AEON terhadap kelestarian dan kecekapan tenaga, pusat beli-belah itu kini dilengkapi dengan panel solar yang terletak di kawasan tempat letak kereta untuk menggalakkan penjimatan tenaga. Usaha ini selaras dengan inisiatif global AEON dalam mencipta destinasi membeli-belah yang lebih mesra alam.
Pembukaan semula ini juga mencerminkan kesungguhan AEON untuk menjadikan AEON Mall Cheras Selatan sebagai "sports hub" dengan memperluaskan lagi rangkaian jenama sukan buat pelanggan setia mendapatkan segala keperluan sukan mereka. Ini dibuktikan dengan kemasukan jenama sukan global, Decathlon yang memperkenalkan kedai konsep inovatifnya, Decathlon Connect yang pertama di Malaysia.
Majlis pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar. Turut hadir pada majlis itu ialah Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON.
Menurut Keiji Ono, "Sebagai komitmen tidak berbelah bahagi dalam memastikan kepuasan pelanggan, AEON sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar dan selesa kepada pelanggan kami.
"Ini termasuklah usaha berterusan untuk menaik taraf pusat membeli belah kami dengan kemudahan berteknologi tinggi, digabungkan dengan sentuhan yang moden. Semua inisiatif ini bertujuan untuk memastikan keselesaan pelanggan kami dan menyumbang kepada alam sekitar yang lebih mampan."
Kempen "Everyday Fresh Everyday Low Price" bertujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah tanpa kebimbangan kepada pelanggan tanpa menjejaskan kualiti produk.
Bukan itu sahaja, AEON turut menegaskan komitmen mereka untuk membantu pelanggan menangani kenaikan kos sara hidup. AEON telah mengambil langkah proaktif dengan mengunci harga bagi 250 barangan keperluan terpilih untuk tempoh 3 bulan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen “Everyday Fresh Everyday Low Price” yang dilancarkan pada awal tahun ini. Antara barangan keperluan yang dikenal pasti adalah syampu, pelembut fabrik, sabun basuh, minyak masak, mi, susu dan banyak lagi.
Kempen ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman membeli belah tanpa kerisauan kepada pelanggan, selari dengan komitmen AEON untuk memberi kepuasan kepada pelanggan serta menawarkan harga yang konsisten dan berpatutan tanpa mengorbankan kualiti barangan. Barangan terpilih tersebut boleh didapati di semua lokasi AEON dan MaxValu Prime di seluruh negara, serta di platform dalam talian, myAEON2go.
"Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk memberi keutamaan kepada ketenangan pelanggan sambil memastikan aksesibiliti kepada barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan” kata Ono.
Di majlis ini juga, Yayasan AEON Malaysia menyumbangkan RM30,000 kepada tiga organisasi kebajikan terpilih.
Pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan ini bukan sahaja satu kegembiraan untuk AEON tetapi juga untuk keseluruhan komuniti di sekitar Cheras Selatan. Penaiktarafan ini selari dengan falsafah AEON “Pelanggan Didahulukan” serta matlamat AEON untuk kekal relevan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta memenuhi keperluan setiap generasi mengikut peredaran masa.
Selain Cheras Selatan, kegembiraan turut menyapa penduduk Melaka dengan sambutan pembukaan semula AEON Melaka Shopping Centre di Ayer Keroh, Melaka pada 1 November 2023 yang lalu. Majlis pembukaan semula ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
AEON Melaka Shopping Centre telah beroperasi selama 32 tahun sejak tahun 1991, menjadikan ia pusat beli-belah AEON yang pertama yang dibangunkan di negeri lain selain Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Reka bentuk wajah baharu ini menampilkan muka bangunan atau "façade" dengan identiti yang lebih segar serta landskap lebih terbuka atau alfresco. Bahagian dalam pusat beli-belah juga telah diubahsuai dengan rekaan dalaman yang diberi sentuhan budaya Baba dan Nyonya. Kesemua mural yang terlihat di dalam pusat beli-belah ini dilukis oleh para artis tempatan.
Secara keseluruhannya, AEON berazam untuk menjadikan kesemua pusat beli-belah mereka satu destinasi membeli-belah terbaik untuk seisi keluarga. Pihak pengurusan AEON dan semua kakitangan AEON sedia menyediakan pengalaman membeli-belah yang istimewa kepada semua yang berkunjung.
Ikuti perkembangan kami serta segala promosi hebat di sini. — Majoriti
Website: https://aeonretail.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/aeonretail.my/
Instagram: https://www.instagram.com/aeonretail.my/?hl=en
TikTok: https://www.tiktok.com/@aeonretailmalaysia?lang=en
Twitter: https://twitter.com/aeonretailmy?lang=en
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram