Ed Sheraan pula bakal guna SNBJ, fans minta tukar stadium siap-siap


  • Podium
  • Ahad, 10 Dis 2023

Keadaan rumput Stadium Nasional Bukit Jalil yang begitu mengecewakan sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

BELUM lagi reda isu melibatkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kini muncul satu lagi situasi yang merisaukan penyokong bola sepak Malaysia.

Selepas bola sepak Malaysia dimalukan dengan kualiti rumput padang Bukit Jalil yang begitu teruk ketika perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Takzim (JDT) dengan Terengganu FC, stadium tersebut bakal berdepan satu lagi potensi masalah.

Hal ini kerana, pada 2024, seorang lagi artis dari United Kingdom, Ed Sheeran, akan hadir ke Malaysia dan mengadakan konsert solonya di Bukit Jalil pada 24 Februari.

Tarikh itu adalah sebulan daripada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 antara Malaysia dengan Oman yang bakal diadakan di lokasi sama.

The+wait+since+2019+is+over!+++

Poster kehadiran Ed Sheeran ke Malaysia sudah pun dikeluarkan. — Agensi

Keresahan penyokong pastinya timbul kerana risau kejadian sama berulang walaupun jarak antara dua acara itu adalah sebulan.

Oleh itu, timbul desakan untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak pantas kali ini dengan mengubah lokasi perlawanan dari Bukit Jalil ke tempat lain.

Satu perkara yang perlu diambil kira adalah perlawanan tersebut bakal diadakan ketika bulan Ramadan. Jadi, sudah pasti kehadiran akan menurun kerana tidak ramai yang mahu membanjiri stadium pada waktu itu.

Ada penyokong yang mula mencadangkan beberapa stadium alternatif supaya perlawanan penting bertemu Oman itu dapat diadakan di gelanggang yang lebih elok rumputnya berbanding Bukit Jalil.

"Main dekat Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau Stadium Bolasepak Kuala Lumpur saja. Jangan cari masalah macam Piala Malaysia ya. Ya betul memang itu (Bukit Jalil) adalah stadium bola tapi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bukan pandang bola je sekarang (tapi) lebih kepada konsert dan hiburan," kata penyokong bernama Yusri Farulzi.

"Ban je main bola dekat Bukit Jalil ni. Nampak sangat PSM ni tak serius dengan bola Malaysia. Yang dia tahu buat konsert dapat untung masyuk. Tapi padang tak reti jaga. Sembang je lebat pakar rumputlah apa la. Terpaling berbual," ujar Ameerul Hakeem.

Ada yang mencadangkan agar pada waktu tersebut FAM membuat kelainan dengan mengadakan perlawanan di Borneo. Pada hemat mereka, warga Borneo juga merupakan sebahagian daripada ekor Harimau Malaya.

Cadangan stadium yang mereka mahukan adalah Stadium Likas, Kota Kinabalu kerana ia telah mencapai standard Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana penglibatan Sabah FC dalam Piala AFC. Malah, pada ketika itu, waktu berbuka juga akan lebih awal.

"Main di Likas. Waktu berbuka di sana pun lebih awal," cadang Syazwan Bajuri.

400855958_727552379411456_2140169588009018510_n

Stadium Likas kini berstandard AFC. — Facebook/Sabah Football Club

"Sesekali buatlah perlawanan melibatkan Malaysia di Sabah atau Sarawak. Orang Borneo pun nak juga tengok Malaysia main di tanah Borneo," kata Steven Dundang.

"Buat di Stadium Likas pula. Orang Sabah pun stadium sentiasa penuh," ujar Ali Hassan.

Seandainya FAM berkeras mahu perlawanan diadakan di Bukit Jalil, mereka perlu tegas dengan PSM supaya padang Bukit Jalil bersedia sepenuhnya sebelum aksi bertemu Oman.

Pastinya episod memalukan itu tidak lagi terjadi kerana jika berlaku untuk kali kedua, PSM memang gagal dalam menjaga kehormatan Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram