Dulu masih 'hingusan', kini sudah dewasa, makin cantik dan segak


  • Hiburan
  • Sabtu, 20 Mei 2023

Pelakon kanak-kanak yang kini sudah menginjak usia dewasa dan masih aktif dalam bidang lakonan.

KEHADIRAN pelakon kanak-kanak dapat memeriahkan lagi industri hiburan. Terdapat juga sebilangan daripada mereka ynag memiliki bakat lakonan lebih hebat berdanding pelakon dewasa.

Kehadiran mereka dapat mewarnai lapangan seni sekali gus menterjemahkan watak kanak-kanak dengan baik.

Berikut sebahagian daripada pelakon kanak-kanak yang popular dan masih diingati sehingga ke hari ini.

Aedy Ashraf

majoriti2023 (6)

Pelakon yang menjadi antara kegilan wanita masa kini, Aedy Ashraf memulakan kerjaya lakonan sekitar umur 10 tahun menerusi filem Jutawan Fakir.

Sejak 2003 hingga ke hari ini, Aedy sudah membintangi beberapa buah filem dan drama antaranya, Dorm Melati, Blok 404, Gol & Gincu Vol. 2, Budak Tebing 2, Kisah Cinta Kita dan Kerana Cinta Itu Ada.

Fimie Don

majoriti2023 (5)

Terkenal dengan naskhah kanak-kanak bertajuk Hikayat Putera Shazlan yang bersiaran di saluran Astro Ceria sekitar 2006.

Bakat lakonan Fimie Don kemudian terus menyinar dan mewarnai pentas seni dengan beberapa filem dan drama seperti Magika, 8 Jam, Balistik, Gol & Gincu Vol. 2.

Selain itu naskhah Mr Donat Karamel, Matahari Cerah Hari, One Two Hantu 2, Melur Untuk Firdaus 2 dan Nenek Bongkok Tiga.

Fatin Afeefa

majoriti2023 (4)

Pelakon Fatin Afeefa mencuri perhatian khalayak selepas muncul membintangi filem Tentang Bulan sekitar 2006.

Kemudian dia menyusun langkah membintangi beberapa buah naskhah lain antaranya Hospital, Volkswagen Kuning, 9 September, Jodoh-johod Annisa, Cindai dan Ganjil.

Namanya menjadi perbualan hangat apabila kisah penceraian dengan bekas suami yang juga pelakon Adam Shahz.

Syafie Naswip

majoriti2023 (3)

Bakat lakonan Syafie Naswip mula dicungkil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin sekitar 2007.

Kemudian kerjaya lakonannya semakin berkembang dan membintangi beberapa buah filem dan drama antaranya, Rentap, Kampung Drift, Polis Evo 2, Gila Gusti, The Gadis, Kamar Kamariah, Remang dan Kifarah Mistik.

Puteri Balqis

majoriti2023 (2)

Nama pelakon Puteri Balqis hangat disebut selepas kisahnya bersama ibu, Norashikin Mohd Aziz muncul di dalam program televisyen, Bersamamu sekitar 2020.

Balqis yang ketika itu berumur 13 tahun berkongsikan perjalanan kisah keperitan hidup mereka dua beranak.

Selang bebeberapa tahun kemudian Balqis kembali aktif dalam bidang lakonan setelah hilang daripada radar buat seketika.

Bagaimanapun nama pelakon jelita itu hangat diperkatakan apabila penampilannya dikatakan seksi.

Antara karya lakonannya ialah Andainya Takdir 2. Sweet Dreams, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Rumah, Seringgit Kasorga dan Bidadari Walid.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram