BEBERAPA hari sebelum seluruh umat Islam menyambul Syawal, pasangan selebriti sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah memilih untuk mengakhiri rumah tangga mereka pada 18 April depan.
Keputusan itu diambil selepas kedua-duanya tidak menemui jalan untuk berdamai. Sebaliknya Syamsul, 38, dan Puteri Sarah, 37, sepakat untuk bercerai secara baik.
Kedua-duanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin bagi mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan 18 April 2023 untuk merekodkan terma pernceraian mereka termasuk Syamsul setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya itu.
Puteri Sarah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Sebelum ini, Syamsul berkahwin dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada Januari tahun ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram