Sindrom 'anak tengah' sering buat ibu bapa terleka, abai kasih sayang


  • Sihat
  • Ahad, 12 Feb 2023

Sindrom anak tengah boleh memberikan impak negatif seperti kurang berkeyakinan sekiranya tidak diatasi dengan baik.

SETIAP individu mempunyai personaliti dan ciri-ciri masing-masing. Begitu juga dengan sifat psikologi adik beradik.

Perkara itu mungkin dianggap remeh oleh ibu bapa kerana berpendapat mereka sudah memberikan kasih sayang secara adil antara anak-anak.

Namun, hakikatnya ibu bapa perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan sindrom anak tengah atau middle child syndrome.

Sindrom anak tengah merupakan satu istilah popular yang digunakan untuk menggambarkan keadaan psikologi anak tengah. Mereka sering berasa diri seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga disebabkan turutan kelahiran.

Istilah ini muncul kerana adanya teori seorang psikolgi, Alfred Adler yang menyatakan urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.

Karakter anak tengah

medium-shot-happy-family-couch

Ibu bapa perlu memberi peluang sama rata antara kesemua anak bagi mengelakkan sindrom anak tengah.

Beberapa sifat atau perwatakan yang dipercayai dimiliki oleh anak tengah yang mengalami sindrom tersebut.

  • Pendiam dan sensitif

Berada di tengah-tengah kedudukan antara anak sulung (memiliki kekuasaan lebih besar) dan anak bongsu (selalu mendapat perhatian lebih daripada anggota keluarga) dipercayai menyebabkan anak tengah lebih cenderung memiliki sifat pendiam dan sensitif.

  • Merasa seperti diabaikan orang tua

Anak tengah dikatakan sering berasa terabai dan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa berbanding adik beradik lain. Ini kerana mereka beranggapan anak tengah tidak memiliki keistimewaan di mata orang tua mahupun perhatian.

  • Persaingan adik beradik

Perasaan terabai dan dipinggirkan antara yang kerap dirasai oleh anak tengah. Sekiranya situasi ini tidak diatasi dengan baik, hubungan antara adik beradik berkemungkinan berlanjutan.

  • Selalu inginkan keadilan

medium-shot-islamic-family-table

Pamerkan kesungguhan bagi meyakinakan anak-anak bahawa ibu bapa tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara anak-anak.

Memiliki dua kedudukan (abang, kakak) dan adik membuatkan anak tengah bijak dalam menguruskan beberapa hal. Anak tengah juga dikatakan cenderung lebih baik dalam bersosial dan berkawan.

Disebabkan merasa diri diabaikan oleh keluarga, anak tengah selalunya menginginkan keadilan dalam segala hal.

  • Berdikari

Anak tengah lebih cenderung untuk berdikari dan melakukan perkara secara bersendirian. Anak tengah juga sering kali menjadi orang yang paling cepat untuk merantau atau berjauhan dengan keluarga.

Pencegahan sindrom anak tengah

Pasangan ibu bapa perlu menunjukkan perhatian secara seimbang terhadap kesemua anak-anak tanpa mempunyai sifat pilih kasih.

Sebaiknya jangan hanya memberi perhatian kepada anak sulung atau bongsu hanya kerana urutan kelahiran mereka.

Sekiranya perkara sindrom anak tengah berterusan sehingga dewasa, hal itu akan menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan, sifat rendah diri dan berdendam dengan adik beradik lain.

Apa perlu dibuat?

Young family with their sons at home having fun

Minta kesemua anak untuk menyertai aktiviti keluarga seperti membuat keputusan pilihan menu makanan atau destinasi percutian.

Beberapa hal yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada sindrom anak tengah;

Ibu bapa perlu meluangkan waktu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak tengah.

Minta anak tengah untuk melibatkan diri dengan acara keluarga seperti meminta pendapat untuk bercuti.

Beri peluang kepada anak tengah untuk memberikan pandangan dan meluahkan perasaan yang dirasai.

Berikan pujian dan penghargaan atas setiap pencapaian yang diperoleh.

Pamerkan keyakinan kepada anak tengah bahawa ibu bapa menyanyi anak-anak secara sama rata.

Secara ringkasnya, ibu bapa perlu mengambil pendekatan positif agar anak-anak berasa terpinggir baik anak pertama, kedua dan seterusnya.

Kenal pasti potensi mereka dan bantu untuk mengembangkan bakat sehingga berjaga mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram