Suria FM tawar peluang menang hadiah RM60,000 teka suara selebriti 


  • Hiburan
  • Rabu, 25 Jan 2023

Pertandingan Suara Selebiriti Suria beri peluang kepada pendengar untuk membawa pulang sebahagian daripada wang bernilai RM60,000.

STESEN radio popular, Suria FM mempelawa pendengar untuk memenangi sebahagian daripada hadiah wang tunai RM60,000 menerusi pertandingan meneka Suara Selebiriti Suria.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Suria FM ingin membawa sesuatu yang baharu buat pendengar yang sentiasa menyokong dan mempercayai jenama Suria FM.

"Kami percaya kelainan yang dibawakan ini sejajar dengan misi Suria FM untuk terus kekal relevan dalam industri radio tanah air. Suria FM turut agresif menganjurkan pelbagai peraduan termasuk aktiviti dengan pendengar.

"Cara ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi jalinan antara Suria FM dengan pendengar setia yang amat kami hargai," katanya dalam satu kenyataan.

SURIA LOOK AND FEEL

Penganjuran kempen Suria Bagi Duit antara usaha untuk mengeratkan hubungan antara Suria FM dan pendengar.

Mengulas lanjut, pertandingan tersebut dijadualkan bermula 30 Januari ini selain menjadi sebahagian daripada kempen Suria Bagi Duit.

"Kempen Suria Bagi Duit terbahagi kepada beberapa peraduan seperti Suara Selebriti Suria, Lagu Oyen Suria, Lagu Gostan Suria dan Lagu Rosak Suria," jelasnya.

Caranya, pendengar perlu mendengarkan klip audio suara tiga artis menyebut perkataan Suria bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam menerusi segmen Morning-morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Ketiga-tiga suara artis berkenaan akan dimainkan mengikut turutan manakala isyarat pemanggil akan diberikan.

SUARA SELEBRITI SURIA

Pertandingan Suara Selebriti Suria sebahagian daripada kempen Suria Bagi Duit.

Kemudian, selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan dan hashtag #SuaraSelebritiSuria ke talian WhatsApp 017-896 1053. Penghantar WhatsApp kelima akan dihubungi oleh penyampai Suria.

Wang tunai RM250 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.

Bukan itu sahaja, pemenang turut berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan pada waktu bonus.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web Suria, suria.my dan laman sosial rasmi Suria FM untuk info lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram