FILEM genre seram antara kegemaran penonton dan boleh dikatakan menjadi pilihan terutama tayangan di pawagam.
Perasaan yang mencengkam dan mencemaskan membuat adrenalin penonton begitu meroket dan mendebarkan.
Selain karya tempatan, tidak dinafikan beberapa naskhah seberang khususnya Indonesia turut mendapat perhatian penonton.
Berikut Majoriti senaraikan antara filem seram Indonesia yang berterusan menghantui penonton tempatan sejak sekian lama:
Pocong 2
Filem seram Pocong 2 diterbitkan pada 2008 antara yang mendapat perhatian peminat. Mengisahkan tentang Maya yang berusaha untuk mencari bilik sewa. Setelah kehilangan kedua orang tua, Maya berusaha untuk menjaga adiknya, Andin.
Maya melihat iklan tawaran bilik sewa pada harga murah. Disebabkan terpengaruh dengan tawaran, Maya membuat keputusan untuk tinggal di situ. Bagaimanapun, sejak berpindah, Maya dan Andin mula mengalami gangguan misteri dan pelbagai perkara aneh berlaku.
Diarahkan oleh Rudi Soedjarwo manakala dibintangi oleh Revalina S. Temat, Risty Tagor, Ringgo Agus Rahman dan Dwi Sasono.
The Doll 2
Setelah kejayaan sekuel pertama The Dolls, boneka misteri bernama Sabrina terus menghantui penonoton. Situasi itu berlaku apabila Maira seorang ibu yang kematian anak akibat kemalangan.
Disebabkan kecewa, Maira merawat hatinya dengan Sabrina sehingga dia menyangka patung tersebut memiliki kuasa mistik.
Maira berfikir roh anaknya terperangkap dalam patung tersebut.
Ditayangkan pada 2017, filem ini dilakonkan oleh Herjunot Ali, Luna Maya, Sara Wijayanto, Maria Sabta, Rydhen Afexi dan Mega Carefansa.
Mata Batin
Boleh diklasifikasikan sebagai filem seram terbaik Indonesia menceritakan tentang wanita yang mampu melihat roh gentayangan.
Perkara itu berlaku selapas dia membantu adiknya dalam menyelesaikan perkara sama.
Pelbagai insiden cemas dan mendebarkan membuatkan penonton tidak senang duduk dan mungkin akan beberapa kali cuba menutup mata ketika menonton.
Tidak kurang daripada itu, sesiapa yang menonton pasti akan sedikit berasa takut untuk ke tandas sendirian terutama pada waktu malam.
Ditayangkan pada 2017, filem ini dibintangi oleh Jessica Mila, Bianca Hello, Denny Sumargo, Citra Prima dan Epy Kusnandar,
Suzanna: Bernafas Dalam Kubur
Tajuk filem ini membuatkan penonton mengimbau semula kenangan kejayaan filem Sundel Bolong pada 2008 yang cukup terkenal di negara republik itu dan juga Malaysia.
Suzanna: Bernafas Dalam Kubur merupakan merupakan karya ulang semula filem Sundel Bolong. Namun beberapa babak diolah semula dan dilakukan beberapa perubahan.Mengisahkan tentang Suzanna yang berkahwin dengan Satria. Disebabkan kesibukan kerja Satria perlu meninggalkan Suzanna sendirian di rumah bersama beberapa pembantu.
Namun, ketika bersendirian di rumah, Suzanna dibunuh dan rohnya kembali untuk membalas dendam.
Dibintangi oleh Luna Maya, Herjunot Ali, Teuku Rifnu Wikana, Verdi Solaiman, Alex Abbad, Kiki Narendra, Asri Welas dan Opie Kumis dan diterbitkan pada 2018.
KKN Desa Penari
Mencetuskan fenomena, filem KKN Desa Penari tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi buah mulut khalayak. Filem arahan Awi Suryadi itu meraih perhatian tidak hanya di Indonesia, tetapi turut di beberapa buah negara Asia Tenggara lain.
Filem ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang ingin membuat kajian tentang kehidupan masyarakat kampung. Terletak di kawasan terpencir, kampung tersebut menyimpan 1001 rahsia yang kemudian menghantui kehidupan kesemua pelajar terbabit.
Filem itu sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun disebabkan penularan virus Covid-19, tarikh tayangan kemudiannya ditunda kepada 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram