PENGGUNA media sosial tidak lagi berteka-teki dengan khabar angin mengatakan isteri-isteri jurulatih bola sepak bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor .
Mereka pantas mengatakan penyanyi, Fyna Jebat, 29, adalah individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu sementelah dia baru-baru ini mengesahkan baru mendirikan rumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin Hassan yang juga seorang jurulatih bola sepak.
Berita itu lantas membuatkan pengguna media sosial pantas membicarakan tentang perihal rumah tangga mereka. Malahan IG penyanyi itu juga dihujani dengan pelbagai soalan dalam kalangan netizen yang inginkan kepastian berhubung kejadian itu.
“Kadang coach (jurulatih) ni duduk tepi padang je bagi arahan. Tahu-tahu player (pemain) sama player bergaduh tengah padang sampai kena kad merah. Tapi tak tahulah, macam semalam tu coach tepi padang pula yang kena kad dulu.
Fyna Jebat dikatakan individu yang terlibat dengan pergaduhan dengan seorang wanita di kedai makan.
“Anak Jebat ke tu?
“Ada luka ke?
“Itulah abang jamil dengan isteri-isterinya, latifah dan rosnah, kemudian rohani,” kata warga maya.
Majoriti melaporkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu telah menerima laporan daripada kedua-dua wanita berkenaan.
Pihaknya menerima laporan polis daripada kedua-dua isteri jurulatih bola sepak tersebut awal pagi Isnin dan akan memberikan butiran lanjut berhubung perkara tersebut dalam tempoh masa terdekat.
Antara komen warga maya terhadap berita mengenai dua isteri jurulatih bola sepak bergaduh di kedai makan.
Pada Ahad, Fyna membuat persembahan di pertandingan nyanyi Famili Duo bersama kakaknya, Ayda Jebat. Acara berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
Sementara itu, usaha Majoriti untuk mendapat pengesahan daripada Fyna tidak kesampaian apabila kiriman mesej kepadanya tidak berbalas.
Untuk rekod, Zainal sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Zalina Zaini pada 1985 dan dikurniakan lima anak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram