Kontroversi bukan penghalang, Shah Rukh Khan terus bergelar Raja Bollywood


  • Hiburan
  • Ahad, 05 Feb 2023

Shah Rukh Khan muncul dengan filem terbaharu, Pathaan di samping gandingannya Deepika Padukone.

BIARPUN berdepan dengan kecaman dan kritikan, kontroversi filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan tidak menjejaskan promosi filem tersebut, sekali gus masih mendapat perhatian penonton untuk menyaksikannya sendiri di layar perak.

Aktor berusia 57 tahun itu tetap kekal menjadi Raja Bollywood terus mewarnai industri perfileman selepas empat tahun tidak muncul memegang watak utama di layar perak.

Kata-kata mahupun tindakan segelintir individu yang membuat kecoh dan usaha untuk memboikot filem tersebut sepertinya tidak memberikan kesan.

Natijahnya, Pathaan berjaya mencatat filem paling banyak mendapat perhatian secara dalam talian di India. Melihat kepada kejayaan itu, Shah Rukh Khan hanyalah seorang bintang filem yang sinarnya tidak pernah akan padam.

Justeru berikut Majoriti senaraikan barisan filem yang mendapat rating tinggi dan pujian daripada peminat berdasarkan carta filem IMDb:

Swades

majoriti2023 (6)

Filem arahan Ashutosh Gowariker lakonan Shah Rukh Khan ini diterbitkan pada 2004 dan dibintangi oleh Gayatri Joshi, Kishori Ballal, Rajesh Vivek, Lekh Tandon, Daya Shankar Pandey dan Makrand Deshpande.

Menceritakan tentang Mohan yang berkerja di Amerika Syarikat pulang ke India untuk mencari pengasuhnya selepas kematian kedua orang tua.

Sepanjang usahanya itu, Mohan bertemu kembali dengan kenalan perempuan yang membesar bersama sewaktu kecil. Dengan matlamat yang sama iaitu membantu pendidikan pendudukan kampung, Mohan dan wanita terbabit, Geeta saling jatuh cinta.

Filem ini mendapat pujian dan rating sebanyak 8.2 daripada 10.

Chak De India

majoriti2023 (3)

Mengetengahkan kisah tentang pasukan hoki wanita yang dipimpin oleh seorang jurulatih lelaki bernama Kabir Khan. Disebabkan kekalahan pasukan India ke atas Pakistan menyebabkan Kabir dipersalahkan disebabkan agama.

Oleh kerana dia dipulaukan oleh pasukan dan masyarakat setempat, Kabir menghilangkan diri sehingga membuat kemunculan semula selepas tujuh tahun.

Kabir membuat kemunculan semula dengan menjadi jurulatih pasukan hoki wanita. Meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, Kabir berjaya memulihkan semula namanya dan menjaga ibu serta neneknya di kampung.

Filem ini mendapat rating sebanyak 8.1 daripada 10 dan diarahkan oleh Shimit Amin pada 2007. Beberapa pelakon lain antaranya Vidya Malvade, Shilpa Shukla, Sagarika Ghatge dan Anaitha Nair membintangi naskhah ini.

Dilwale Dulhania Le Jayenge

majoriti2023 (2)

Peminat tegar Shah Rukh Khan tentu sahaja mengenai filem romantik yang diterbitkan pada 1995 dan diarahkan oleh Aditya Chopra.

Gandingan yang paling disayangi ramai, Kajol membuatkan filem ini mendapat tempat di hati peminat sehingga ke hari ini.

Menceritakan tentang hubungan antara Raj Malhotra dan Simran Singh yang awalnya sering bergaduh berubah menjadi pasangan kekasih.

Namun, hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga dan menyebabkan mereka berpisah serta berdepan dengan pelbagai cabaran.

Selain mereka, filem ini turut dibintangi oleh Amrish Puri, Farida Jalal, Satish Shah, Achala Sachdev dan Himani Shivpuri serta mendapat undian sebanyak lapan daripada 10.

My Name Is Khan

majoriti2023 (5)

Sebuah filem yang mengangkat tentang perbezaan agama yang tidak saja memberi impak di India, malah turut meninggalkan kesan kepada penonton di seluruh dunia.

Sekali lagi menggandingkan Shah Rukh Khan dengan Kajol, filem ini menceritakan tentang Rizwan Khan yang merupakan seorang autistik menjadi mangsa Islamofobia sehingga menyebabkan dia menjadi mangsa diskriminasi.

Disebabkan anak tirinya meninggal dunia disebabkan menjadi mangsa buli di sekolah, Rizwan membawa diri untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat bagi menjelaskan tentang dirinya merupakan bukan pengganas.

Diterbitkan pada 2010, filem ini turut dibintangi oleh Jimmy Sheirgill, Zarina Wahab, Sheetal Menon, Arjun Mathur dan Sonya Jehan.

Filem ini mendapat undian kegemaran sebanyak 7.9 daripada 10.

Kal Ho Naa Ho

majoriti2023 (4)

Sebuah lagi filem romantik yang menjadi kegemaran peminat ialah Kal Ho Naa Ho dengan undian sebanyak 7.9 daripada 10.

Diarahkan oleh Nikhil Advani, filem ini turut dibintangi oleh Jaya Bachchan, Saif Ali Khan dan Preity Zinta.

Hubungan Naina yang bersahabat baik dengan Aman dan Rohit berubah apabila dia mula jatuh cinta dengan salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun perkara berbeza berlaku terhadap hubungan mereka dan menyebabkan Naina memilih Rohit sebagai suami.

Kabhi Haan Kabhi Naa

majoriti2023 (1)

Diterbitkan pada 1994, filem arahan Kundan Shah ini mengisarkan tentang Sunil seorang pemuzik yang jatuh cinta kepada Anna. Namun, disebabkan dia masih ragu-ragu dengan perasaannya, dia tidak memberi perhatian kepada wanita itu.

Kemudian muncul lelaki lain dalam hidup Anna bernama Chris. Setelah beberapa lama, hubungan Anna dan Chris menjadi rapat dan membuatkan Sunil berasa cemburu.

Selain Shah Rukh Khan, filem ini turut dibintangi oleh Deepak Tijori, Suchitra Krishnamoorthi, Naseeruddin Shah dan Juhi Chawla selain mendapat undian sebanyak 7.6 daripada 10. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram