Bukan saja pelakon tapi muzik dan tarian jadi tarikan, 10 filem Bollywood 'evergreen' sepanjang zaman 


  • Hiburan
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham antara naskhah Bollywood yang sering ditayangkan di kaca televisyen pada setiap kali sambutan perayaan. — Agensi

INDUSTRI hiburan Bollywood mempunyai peminat mereka tersendiri. Bukan sahaja disebabkan gerak geri tarian, alunan muzik dan plot penceritaan yang menarik, tetapi kehebatan pelakon menterjemahkan watak sangat menyakinkan penonton.

Ditambah pula dengan ketampanan dan kecantikan pelakon yang tentu sekali membuatkan sesebuah karya itu lebih memukau.

Terdapat beberapa filem Bollywood malar segar dan sehingga kini masih mendapat sambutan meskipun sudah berpuluh kali ditayangkan. Malah sebilangannya ada yang menjangkau usia lebih setengah abad.

Berikut Majoriti menyenaraikan 10 filem Bollywood yang masih mendapat tempat di hati penonton sehingga ke hari ini.

Filem: Dilwale Dulhania Le Jayenge

Tahun: 1995

MV5BMDQ2ZmE2NTMtZDE3NC00YzFjLWJhNmEtMDEzMTI5ZjU2ZGM0XkEyXkFqcGdeQXVyNTkzNDQ4ODc@._V1_FMjpg_UX1000_

Filem ini dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Kajol, Amrish Puri, Farida Jalal dan Satish Shah. Diarahkan oleh Aditya Chopra, filem ini menceritakan tentang hubungan percintaan antara Raj Malhotra dan Simran Singh.

Kedua-duanya bertemu di London, Britian dan saling jatuh cinta. Bagaimanapun hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga. Tidak hanya itu, percintaan Raj dan Simran juga dihalang oleh orang ketiga.

Filem: 3 Idiots

Tahun: 2009

o2MnmBooLMwcd7qdBCEyLQQqg9h

Dilakonkan oleh Aamir Khan, Madhavan, Sharman Joshi dan Kareena Kapoor, filem ini diarahkan oleh Rajkumar Hirani dan ditayangkan pada 2009.

Kisah bermula apabila seorang pelajar bernama Rancho masuk ke sebuah sekolah kejuruteraan terkemuka di India. Dia bersahabat baik dengan Raju dan Farhan.

Pelbagai dugaan dan halangan terpaksa ditempuhi oleh mereka demi mengejar cita-cita masing-masing. Setelah tamat pengajian, mereka berjanji untuk bertemu semula dengan salah seorang daripada rakan sekelas mereka, Chatur.

Filem: Dil To Pagal Hai

Tahun: 1997

91f1iuBw+3L._SL1430_

Sebuah lagi filem arahan Yash Chopra yang mengetengahkan soal pencintaan antara Rahul dan Pooja. Hubungan mereka bagaimanapun berdepan dengan 'ancaman' apabila kedua-dua mereka turut mempunyai perasaan terhadap pasangan masing-masing sehingga mencetuskan konflik cinta empat segi.

Nisha yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Rahul berusaha untuk mencuri perhatian jejaka idamannya. Namun, perkara itu gagal kerana Rahul lebih tertarik kepada Pooja.

Filem ini dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Akshay Kumar, Farida Jalal, Deven Verma dan Aruna Irani.

Filem: Mann

Tahun: 1999

Mann_poster

Kisah romantik percintaan antara Priya dan Dev ini sentiasa mendapat perhatian. Bukan sahaja memiliki lagu runut bunyi yang mengasyikkan, tetapi turut membuai perasaan penonton.

Filem arahan Indra Kumar ini juga merupakan sebuah karya inspirasi daripada filem Inggeris, An Affair To Remember pada 1957.

Karya ini dibintangi oleh Manisha Koirala, Aamir Khan, Sharmila Tagore, Neeraj Vora dan Anil Kapoor.

Ringkasnya, Mann mengisahkan tentang Dev yang merupakan seorang kasanova bercita-cita untuk menjalani kehidupan mewah dengan cara memikat wanita kaya.

Bagaimanapun Dev benar-benar jatuh cinta dengan seorang wanita yang berkehidupan sederhana ketika mereka bertemu di atas kapal pelayaran mewah.

Filem: Kabhi Khushi Kabhie Gham

Tahun: 2001

MV5BOTQ5Nzc3NzAtMzZlMS00ZWJjLWIxMGMtNDU4ZTQ1NmNjMjc5XkEyXkFqcGdeQXVyODE5NzE3OTE@._V1_

Boleh dikatakan setiap tahun filem Kabhi Khushi Kabhie Gham akan ditayangkan di kaca televisyen. Tidak mengira apa sahaja sambutan, penonton tetap akan meluangkan waktu untuk menonton filem ini.

Biarpun sudah berpuluh kali ditonton, namun filem ini tetap memberi impak mendalam kepada penonton sehingga ke hari ini.

Filem ini berkisahkan tentang Rahul yang merupakan anak sulung dalam keluarga Yashvardhan Raichand. Dia kemudian jatuh cinta dengan salah seorang gadis biasa dan dianggap tidak setaraf dengan statusnya sebagai orang kaya terkenal.

Rahul amat mencintai Anjali Sharma, namun mendapat tentangan daripada bapanya kerana dia sudah merancang untuk mengahwinkan anaknya itu dengan menantu pilihan.

Disebabkan percanggahan pendapat, hubungan kekeluargaan mereka retak dan masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.

Filem ini dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Kajol, Kareena Kapoor dan Rani Mukerji.

Filem: ​​Kuch Kuch Hota Hai

Tahun: 1998

Kuch_Kuch_Hota_Hai_poster

Diarahkan oleh Karan Johar, filem ini dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji. Diterbitkan pada 1998, filem romantik komedi ini menceritakan tentang teman baik antara Rahul dan Anjali. Hubungan antara mereka kemudian menjadi renggang apabila Rahul mula jatuh cinta dengan Tina. Mengetahui tentang hal itu, Anjali berusaha untuk mengambil hati Rahul, namun malangnya cintanya tidak diterima.

Rahul memilih untuk berkahwin dengan Tina manakala Anjali pulang ke kampung halaman dan membina kehidupan baharu bersama tunangnya, Aman.

Filem: Mera Naam Joker

Tahun: 1970

MV5BODUxNjU0NDItY2FmZi00YWQzLWI4YjAtZjYyNWZhODc3ZTZhXkEyXkFqcGdeQXVyNjQ2MjQ5NzM@._V1_

Filem ini merupakan salah satu karya malar segar yang kerap mendapat tontonan. Filem ini mendapat sentuhan pelakon terkemuka seperti Raj Kapoor, Simi Garewal, Rashi Kapoor, Kseniya Ryabinkina, Padmini, Manoj Kumar dan Dharmendra.

Mengisahkan tentang kehidupan tiga orang wanita iaitu Mary, Marina dan Meena yang saling terikat dengan badut terkenal, Raj Ranbir aka Raju.

Filem: Sangam

Tahun: 1964

Sangam_-_First_Indian_Movie_To_Be_Filmed_Abroad_-_Raj_Kapoor_-_Classic_Hindi_Movie_Poster_be5a8d2f-6c41-49fc-86b4-118e01af428a

Diarahkan oleh Raj Kapoor yang turut membintangi filem Sangam di samping Vyjayanthimala dan Rajendra Kumar. Filem cinta segi ini mengisahkan tentang Sunder yang bersahabat baik dengan Gopal namun, kedua-duanya saling jatuh cinta dengan wanita yang sama iaitu, Radha.

Konflik bermula apabila Gopal menarik diri dalam hubungan cinta tiga segi itu dan membiarkan Redha bersama dengan Sundar. Bagaimanapun Sundar kemudian dilaporkan hilang ketika sedang bertugas sebagai tentera.

Filem: Dhoom

Tahun: 2004

DhoomPoster

Filem lakonan Abhishek Bachchan, Uday Chopra dan John Abraham ini diarahkan oleh Sanjay Gadhvi. Merupakan sebuah filem aksi, Dhoom menceritakan tentang sekumpulan penjahat yang melarikan diri.

Kisah ini bermula apabila anggota polis Jai Dixit meminta pertolongan daripada Ali Akbar Fateh Khan untuk menangkap penjenayah. Kemudian dalam usaha untuk menangkap penjenayah, Ali jatuh cinta dengan wanita bernama Sheena Rai.

Filem: Bobby

Tahun: 1973

MV5BZjE0OTI3YmMtYWY4Ny00OTA3LWIzNjItNmNkODdlNzc3MTdiXkEyXkFqcGdeQXVyMjQxNDA4ODg@._V1_

Sebuah lagi filem malar segar yang dibintangi Rishi Kapoor, Dimple Kapadia, Prem Nath dan Durga Khote.

Kisah bermula apabila Raja jatuh cinta dengan wanita daripada keluarga miskin bernama Bobby.

Biarpun hubungannya dilarang oleh keluarga, Raja tetap berusaha untuk memenangi hati Bobby. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram