Selesa jadi ibu tunggal, Shila Amzah tak trauma kahwin semula


  • Hiburan
  • Sabtu, 16 Jul 2022

Shila Amzah akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selepas ini.

PADA Disember tahun lalu, penyanyi, Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, mengejutkan peminat apabila memaklumkan yang dia sudah bercerai dengan suaminya, Haris Idraki Elias.

Berkongsi mengenai status kehidupannya kini, Shila mengakui bahawa dia cukup selesa bergelar ibu tunggal.

"Saya rasa selesa bila jadi ibu tunggal. Saya boleh buat apa yang diinginkan dan anak, Seth Uwais pun ada dengan saya. Kehidupan rasa lengkap," katanya.

WhatsApp Image 2022-07-15 at 8.22.26 PM

Shila Amzah tampil dengan lagu duet baharu berjudul Bahagiakan Dia bersama Liza Hanim.

Ditanya mengenai jodoh, penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata, dia tidak pernah trauma jika ditakdirkan bertemu jodoh lagi selepas ini.

Tetapi, dia mengakui perlu berhati-hati jika mahu memulakan kehidupan baharu bergelar seorang isteri.

"Memang fokus saya sekarang adalah kerjaya seni dan anak. Tetapi nak cakap saya tak mahu bertemu jodoh atau trauma memang tiada.

"Cuma saya akui perlu berhati-hati sebab kita mesti mahukan kehidupan yang baik. Namun, jika dapat jodoh yang tidak baik, saya anggap itu sebagai ujian buat saya," katanya.

Jumpa media bukan sebab lagu baharu

Ramai yang sedia maklum dengan persengketaan antara Shila dan wartawan yang berlangsung selama bertahun-tahun sehingga dibawa ke mahkamah.

Namun, pada Mac, Shila telah menyatakan permohonan maaf kepada pihak media dan disusuli dengan pertemuan secara berdepan baru-baru ini.

Tetapi, ada pula yang mengatakan bahawa tindakan Shila itu dibuat disebabkan lagu baharunya bersama Liza Hanim yang berjudul Bahagiakan Dia.

WhatsApp Image 2022-07-15 at 8.32.46 PM

Covid-19 membuatkan Shila Amzah menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

"Sebenarnya saya dah nak jumpa rakan media sejak 2019 sebab masa itu saya mengandung. Apa sahaja boleh berlaku jika kita mengandung dan saya tak mahu ada yang masih berdendam ketika itu.

"Tetapi tiada kesempatan ketika itu dan seterusnya Covid-19 melanda dan menyukarkan lagi niat saya. Cuma baru-baru ini masa yang tepat dan sesuai," katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana setelah apa yang berlaku selama ini termasuklah Covid-19 membuatkan dia rasa menghargai sesiapa sahaja yang ada dan tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Dalam pada itu, ditanya mengenai nasihatnya kepada rakan-rakan artis lain yang bermasalah dengan media, Shila berkata, dia tidak cukup layak untuk bercakap mengenai perkara itu.

"Cuma apa yang saya boleh cakap, setiap anak seni akan ada perjalanan dan fasa yang tertentu dalam kerjaya untuk mendewasakan mereka," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram