TINDAKAN seorang pemuda dipercayai berbangsa Cina yang mempersendakan laungan azan dalam satu rakaman video tular mengundang kemarahan orang ramai.
Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik laman Facebook I ♥ PAHANG itu menunjukkan pemuda terbabit mempersendakan laungan azan yang berkumandang di radio.
"Ini seorang lagi biadab! Jangan uji batasan kita! Polis Diraja Malaysia (PDRM) mohon ambil tindakan," katanya.
Dalam video itu, kelihatan pemuda terbabit melaungkan azan sambil menadah tangannya seolah-olah sedang berdoa dengan membuat muka jelik.
Turut kedengaran kawan pemuda itu yang ketawa terbahak-bahak seolah-olah laungan azan tersebut merupakan perkara lucu.
Setakat ini, rakaman tersebut telah telah mendapat sejumlah 5,900 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
"Dah makin menjadi-jadi dah ni. Mencabar sabar orang Islam dan Melayu," kata Sham Suri.
"Tak nak dengar tutup saja. Jangan hina agama orang. Patut ALLAH bayar cash orang macam ini baru jadi pengajaran pada yang lain. Jangan pandang rendah pada agama Islam. La***," kata Marina Mohamed.
Majoriti cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung dengan insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram