Tak mudah mengalah? Jom cuba 5 hobi ekstrem untuk anda


  • Hobi
  • Jumaat, 10 Jun 2022

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dicuba buat mereka yang sukakan cabaran. — Agensi

BAGI yang sukakan cabaran, pastinya melakukan sesuatu yang dianggap menakutkan oleh orang lain adalah perkara biasa.

Lebih-lebih lagi jika seseorang mempunyai semangat yang tinggi dan suka mencabar diri, mereka biasanya suka melibatkan diri dalam aktiviti lasak.

Bagi mengetahui apakah aktiviti ekstrem yang boleh diterokai, berikut merupakan lima hobi lasak yang boleh dicuba:

1. Panjat tebing

lasak 1

Panjat tebing mempunyai peminat yang tersendiri — Agensi

Panjat tebing, boleh dikatakan sebagai salah satu aktiviti paling ekstrem yang boleh dilakukan dalam aktiviti yang melibatkan alam semula jadi.

Aktiviti lasak ini juga mempunyai peminat yang tersendiri dan saban tahun bilangan penggemarnya semakin bertambah.

Aliran adrenalin yang deras semasa mendaki tebing curam yang tinggi juga menjadi punca utama aktiviti ini sangat digemari dalam kalangan pencinta alam.

2. Berbasikal gunung

lasak 2

Berbasikal gunung melalui jalan hutan, jalan berlumpur, dan pelbagai halangan lain. — Agensi

Berbasikal gunung adalah salah satu aktiviti yang paling memacu adrenalin.

Berbasikal dengan pantas melalui jalan hutan, jalan berlumpu, dan pelbagai halangan lain bukan sahaja membuatkan adrenalin mengalir lebih laju, malah menjadikan penggemarnya lebih kuat dari segi fizikal dan mental.

Aktiviti ini mendorong fizikal dan keazaman untuk mencapai matlamat yang ditujui.

3. Merentas desa

lasak 3

Merentas desa boleh membuatkan memacu adrenalin tanpa perlu berada di tempat tinggi.— Agensi

Larian merentas desa boleh menjadi pilihan bagi yang sukakan aktiviti kurang ekstrem, tetapi masih ingin merasai aliran adrenalin tinggi.

Keghairahan untuk mendahului ratusan pelari lain juga boleh membuatkan memacu adrenalin tanpa perlu berada di tempat tinggi.

4. Triatlon

Bagi yang merasakan larian merentas desa dan berbasikal gunung masih kurang mencabar, triatlon mungkin boleh memenuhi citarasa anda.

Bagi yang tidak tahu, triatlon ini adalah gabungan larian merentas desa, berenang dan berbasikal gunung.

5. Terjun tebing

Cliff Jumping into the Ocean at Sunset, Summer Fun Lifestyle

Terjun tebing sangat menarik untuk dirakam sebagai kenangan. .— Agensi

Terjun tebing bukan sahaja memacu sensasi adrenalin, malah sesuai untuk mereka yang mahukan cabaran.

Jika ingin menyelam tebing di suatu tempat, jangan ketinggalan merakamkan detik menarik tersebut dengan menggunakan kamera yang kalis air. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram