Baiki jam, memancing antara hobi orang terkaya di dunia


  • Hobi
  • Khamis, 09 Jun 2022

Ada beberapa hobi orang terkaya dunia tidak menelan belanja yang begitu besar. — Agensi

SETIAP orang mempunyai hobi tersendiri yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan pada masa sama memenuhi kepuasan diri sendiri.

Tidak hanya rakyat biasa, individu terkaya di dunia juga mempunyai hobi yang mereka lakukan di sebalik kesibukan dalam kehidupan seharian.

Ada di antara mereka juga sering melakukan beberapa hobi yang agak unik, bermula daripada hobi biasa hingga menelan belanja yang besar.

Dilaporkan dari pelbagai sumber, berikut merupakan hobi unik yang sering dilakukan oleh orang-orang terkaya di dunia.

1. Warren Buffett

hobi kaya 1

Buffet gemar bermain ukulele pada masa lapang. — Agensi

Menurut Forbes, Buffet memiliki kekayaan yang mencecah AS$111.1 bilion (RM487.9 bilion)

Namun siapa sangka, konglomerat dalam dunia pelaburan ini mempunyai hobi seperti rakyat marhean iaitu gemar bermain ukulele pada masa lapang.

Kadang-kadang dia juga bermain permainan kad secara dalam talian dengan jutawan lain termasuk Bill Gates.

2. Larry Ellison

hobi kaya 2

Ellison gemar memancing sejak berumur 22 tahun. — Agensi

Pengasas firma Oracle ini dikatakan mempunyai hobi memancing.

Ellison mula memancing sejak berumur 22 tahun selepas mendaftar dalam kursus marin di Universiti California.

Beliau juga merupakan ahli pasukan perlumbaan kapal layar Oracle Amerika Syarikat, yang memenangi Piala Americas pada 2010 dan 2013.

Kekayaannya yang direkodkan sekarang ialah AS$94.5 bilion (RM415 bilion).

3. Clemmie Spangler Jr

hobi kaya 5

Spangler mempunyai hobi yang cukup unik iaitu suka membaiki jam. — Agensi

Pemilik National Gypsum ini mempunyai hobi yang cukup unik iaitu suka membaiki jam.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan Forbes, dia mengakui berasa relaks apabila bekerja menggunakan mata dan tangan.

4. Bernard Arnault

hobi kaya 3

Arnault gemar mengumpul hasil seni. — Agensi

Menurut rekod Forbes, pemilik jenama fesyen Louis Vuitton ini mempunyai nilai bersih AS$147.5 bilion (RM647.8 bilion).

Kekayaan yang dimiliki juga digunakan untuk menjalankan hobi mewahnya iaitu mengumpul hasil seni.

Diketahui, beliau mempunyai hasil karya beberapa artis seperti Jean-Michel Baasquiat, Damian Hirst, Maurizio Cattelan, Andy Warhol, dan Pablo Picasso.

5. Jeff Bezos

hobi kaya 4

Bezos mempunyai hobi mengumpul artifak dari dasar laut. — Agensi

Pada 2013, pemilik Amazon ini dikatakan sanggup menghabiskan tiga minggu di dalam kapal selam untuk mengumpul artifak dari dasar laut.

Lelaki yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$132.8 bilion (RM583.2 bilion) itu dipercayai telah mengumpul berpuluh-puluh artifak NASA dari dasar laut, termasuk generator gas, injektor, hingga turbin.

Dia juga gemar mengumpul tabung roket yang digunakan pada misi Apollo 11.

6. Mark Zuckerberg

hobi kaya 6

Zuckerberg gemar mempelajari bahasa asing. — Agensi

Zuckerberg mengejutkan orang ramai di Universiti Tsinghua, Beijing, China apabila dia bertanya soalan selama 30 minit dalam bahasa Mandarin.

Ia kerana, bahasa Mandarin adalah bahasa yang sukar dipelajari oleh orang dewasa.

Ternyata mempelajari bahasa asing adalah sebahagian daripada hobi pengasas Facebook itu.

Bukan itu sahaja, dia mempunyai anggaran nilai bersih AS$68.9 bilion (RM302.6 bilion) untuk hobi mengumpul kereta klasik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram