DALAM usaha memudahkan penduduk membuat laporan berhubung kerosakan, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan aplikasi PBTCare.
Kemudahan yang dilancarkan tahun lalu tersebut merupakan saluran aduan terus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tindakan segera dapat diambil.
Malah, penggunaannya juga tidaklah begitu rumit kerana orang ramai hanya perlu memilih jenis aduan, menyertakan gambar dan memasukkan keterangan lanjut bagi tujuan rujukan.
BACA LAGI: [VIDEO] PBT Sabah rampas 'paddle board' bersepah cacatkan pemandangan Pantai Tanjung Aru
BACA LAGI: 'Waktu biasa pun dah sesak’, penduduk Pasir Gudang desak PBT baiki jalan bukan waktu puncak

Aplikasi PBTCare diperkenalkan bagi memudahkan pengguna membuat aduan berhubung kerosakan.
Ini merupakan pendekatan efisien kerana orang ramai tidak perlu lagi berkunjung ke pejabat untuk membuat laporan selain tindakan boleh diambil segera.
Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pengguna dari Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, Johor menyuarakan kekecewaan selepas aduan dibuat menerusi aplikasi itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Isu tersebut dibangkitkan menerusi laman Facebook Kelab Info Malaysia memaparkan laporan dibuat bagi menyelesaikan isu papan tanda tumbang sehingga menutup saliran air.
"Apa guna aplikasi PBTCare? Bila buat aduan ditolak macam tu sahaja, alasan tiada maklumat hubungan? Jadi, emel itu bukan maklumat hubungan?" soalnya.
Perkongsian itu dibuat berserta dua tangkap layar daripada aduan dimuat naik dengan salah satu daripadanya merupakan respons daripada PBT di kawasan berkenaan.
Jelasnya, laporan berkenaan ditolak kerana pengadu tidak melengkapkan butiran di ruangan maklumat hubungan bagi memudahkan proses aduan seterusnya.
Alasan berkenaan jelas sukar diterima memandangkan pengguna sudah menyertakan gambar berhubung kerosakan infrastruktur itu bagi tindakan selanjutnya pihak PBT.
Setakat ini, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) yang terlibat dengan pengurusan di Bandar Penawar tidak mengeluarkan sebarang respons mengenai luahan berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
