
TIDAK kira di mana terutamanya kawasan bandar, sudah pasti penduduknya akan berdepan dengan situasi di mana berlakunya kesesakan lalu lintas.
Kesesakan yang berlaku pastinya akan menyukarkan orang ramai untuk melakukan urusan mereka terutamanya ketika hendak pergi ke tempat kerja.
Ia pastinya akan bertambah sukar apabila berlakunya proses membaiki jalan semasa waktu puncak.
BACA LAGI: Tujuh dipanggil bantu siasatan buli pesakit kanser berusia 10 tahun di Johor
BACA LAGI: 'Luaskan kuasamu Johor', artis jelita Jepun promosi single pertama K-Pop sambil sarung jersi JDT
Itulah yang terjadi kepada penduduk Pasir Gudang, Johor apabila kerja-kerja membaiki jalan semasa waktu puncak menyukarkan mereka.
Luahan dari laman Community Roda Johor mendapati kerja-kerja menurap jalan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semasa waktu puncak menyukarkan orang ramai.
Kata penduduk yang tidak dinamakan itu, situasi tersebut menambah kesukaran kepada keadaan sedia ada di mana kesesakan sudah sedia berlaku walaupun tanpa PBT membuat kerja.
"Boleh tak minta tolong beritahu pada pihak yang berkenaan untuk tidak melakukan kerja-kerja penurapan jalan di lebuh raya Pasir Gudang pada waktu puncak contohnya waktu awal pagi masa orang nak pergi kerja atau waktu petang masa orang nak balik kerja.
"Umum mengetahui, lebuh raya Pasir Gudang ini tak ada kerja-kerja pembaikan jalan pun dah sedia sesak, inikan pula bila dari tiga lorong terus jadi satu lorong dan pada waktu puncak. Saya sangkut dekat satu jam untuk ke tempat kerja pagi Selasa dan memang sampai lambat di tempat kerja," luah penduduk tersebut.
Situasi tersebut jelas tidak disenangi oleh penduduk setempat dengan mereka berasakan ia menganggu urusan harian mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram