'Ringkas tapi menusuk', Masjid As Sobirin aktif di media sosial galak orang ramai ke rumah ibadah


  • Massa
  • Isnin, 24 Nov 2025

Masjid As-Sobirin kerap menganjurkan aktiviti pengimarahan dalam menarik lebih ramai orang ke rumah ibadah.

PENGGUNA media sosial kebelakangan ini kelihatan teruja apabila rata-rata syarikat ternama mengambil inisiatif tersendiri dengan melibatkan diri lebih kerap di pelbagai platform.

Kaedah diambil adalah dengan membalas komen menggunakan ayat ringkas dan mudah difahami dengan harapan sikap ramah itu dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Ini merupakan satu bentuk kelainan kerana berbeza dengan norma terdahulu yang mana syarikat koperat hanya akan menggunakan bahasa formal, termasuk di alam maya.

BACA LAGI: Khutbah 'istimewa' Masjid Nabawi, hujan Subuh di Makkah pahat kenangan 15 jemaah asnaf tajaan IKHLAS.com

BACA LAGI:Selepas setahun, lubang benam kembali ‘muncul’ di Masjid India

Antara komen mengusik yang ditinggalkan penjaga akaun Threads Masjid As-Sobirin. Facebook/Adam Salim

Malah, langkah sedemikian turut diguna pakai pengurus media sosial Masjid As-Sobirin di Lembah Keramat, Kuala Lumpur dalam usaha menarik lebih ramai Muslim ke rumah ibadah.

Pendekatan sedemikian kerap digunakan menerusi akaun Threads masjid berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas dan mudah difahami, namun pada masa sama disertakan mesej tersendiri.

Sebagai contoh, penjaga akaun itu meninggalkan komen 'Solat subuh berjemaah di masjid' kepada hantaran yang bertanya apakah aktiviti yang gemar dilakukan pada waktu pagi.

Meskipun hantaran itu dibuat dengan nada gurauan, ia boleh menjentik hati orang ramai agar lebih kerap berkunjung ke rumah ibadah.

Tidak cukup dengan itu, beberapa komen lain turut dibuat berunsur ajakan untuk berbuat demikian seperti menderma dan solat pada awal waktu.

x-default

Mesej ditinggalkan masjid itu diharapkan mampu menarik lebih ramai Muslim untuk mengerjakan rumah ibadah. Gambar hiasan

Pendekatan diambil itu jelas membuka hati pengguna media sosial yang memuji taktik dan usaha Masjid As-Sobirin yang boleh dipraktikkan lebih kerap oleh rumah ibadah lain.

"Admin Masjid As Sobirin ini memang patut dapat anugerah staf terbaik. Semua komen dia betul-betul menikam kalbu. Moga kita sentiasa diberikan taufik dan hidayah untuk sentiasa dekta dengan rumah ALLAH," kata Adam Salim.

"Apabila admin laman masjid orang muda, terus terasa segarnya dan pandai ambil hati netizen. Bagus admin masjid yang pandai bercoleteh, bergurau dan peka dengan isu semasa," kata Mohd Fadli Salleh.

"Deep betul dakwah sentap admin masjid ni. Dalam guraunya, ada pesan yang membuatkn kita renung diri balik, alhamdulillah terbaik," kata Viral Media Johor.

Meskipun tidak dapat dipastikan sama ada pendekatan diambil itu berjaya atau sebaliknya, semakan di Facebook Masjid As-Sobirin mendapati semakin banyak aktiviti kerohanian dianjurkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram