'Seminggu turun 2kg', Elisya Sandha bangga masakan menu 'eat clean' untuk suami berhasil


  • Cinta
  • Isnin, 24 Nov 2025

Menurut Elisya, beliau meminta suaminya untuk amalkan pemakanan sihat demi kesihatannya. — Akaun media sosial Elisya Sandha

AKTIF berkongsi video masakan di Instagram, kali ini pelakon, Elisya Sandha memuat naik rutin menu pemakanan sihat atau eat clean yang disediakan khusus untuk suaminya sehingga berjaya menurunkan dua kilogram (kg) dalam tempoh seminggu.

Perkongsian itu dibuat menerusi beberapa hantaran di Threadsnya.

Dalam hantaran yang dibuat Jumaat lalu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, mengakui cabaran mengurangkan penggunaan garam ketika menyediakan makanan harian.

BACA LAGI: 'Dia mula tanya muka papa macam mana', peguam bela kongsi jerit perih besarkan anak sendiri, nafkah pun diabaikan

BACA LAGI: Berhenti kerja demi kejar cita-cita jadi penulis lirik, wanita Singapura tembusi pasaran muzik Korea Selatan, Jepun

"Nak kurangkan gula senang tapi nak kurangkan garam tu? Adoi tolong jap," tulisnya.

Pada Ahad pula, ibu kepada dua orang anak itu memuat naik hantaran kedua memaparkan lima hidangan dan satu minuman yang disusun sebagai menu eat clean suaminya.

"Menu saya masak untuk suami! Dia turun sebanyak satu kg dalam masa seminggu. Saya sangat bangga.

"Saya minta dia makan makanan sihat bukan untuk kurus tapi demi kesihatannya. Saya risau sebab beratnya nak sampai 100kg," katanya.

Hantaran itu turut disertakan dengan beberapa keping foto menu eat clean yang dipenuhi sayuran hijau bersama ayam, telur, cendawan, udang dan tomato ceri.

Turut ditampilkan ialah sejenis minuman berwarna hijau yang melengkapkan pilihan makanan sihat tersebut.

Elisya yang juga adik kepada pelakon, Fasha Sandha dan menantu kepada penerbit serta pelakon, Sheila Rusly sebelum ini sering berkongsi video masakan dan resipi ringkas di Instagram, termasuk rutin penyediaan makanan untuk keluarga.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021 dan pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata, Bunga Elhaq Uzair Haqimy dan Bahtera Elhaq Uzair Haqimy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram