TONGGAK Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi hanya sempat beraksi kira-kira 10 minit ketika skuad kebangsaan menerima kunjungan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam aksi Kelayakan Piala Asia itu, pemain sayap terbabit mengalami kecederaan selepas dijatuhkan pemain lawan ketika hendak melakukan serangan balas.
Dia kemudiannya kelihatan memegang hamstring yang dikhuatiri akan menyebabkannya terpaksa disisihkan untuk jangka masa panjang.
BACA LAGI: Besarnya hati Arif Aiman, kirimkan 3 jersi JDT untuk keluarga mangsa bas UPSI
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sengaja Arif Aiman tak sapa penyokong, terus 'terbang' buru anugerah AFC di Riyadh
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya juga masih belum boleh memberi kata putus mengenai kecederaan Arif Aiman dengan pengendali, Peter Cklamovski menegaskan imbasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Situasi berkenaan jelas merisaukan, lebih-lebih lagi buat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang meletakkan pemain berusia 23 tahun berkenaan sebagai tonggak utama pasukan.
Manakan tidak, daripada 17 penampilan musim ini, Arif Aiman sudah merekodkan lapan gol dan 13 bantuan jaringan dengan sumbangan itu memastikan skuad Harimau Selatan terus cemerlang.
Jadi, sekiranya pemain sayap itu terpaksa berehat untuk jangka masa panjang, ini akan memberi kesan hebat terhadap perancangan Xisco Munoz.
Risiko tersebut turut dikhuatiri penyokong kelab Selatan tanah air itu yang mengharapkan kecederaan dialami Arif Aiman tidak begitu serius.

Arif Aiman mengukuhkan dirinya sebagai tonggak utama skuad Harimau Selatan musim ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Kecederaan Arif Aiman pada Selasa semasa perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Nepal mengakibatkannya terus dikeluarkan hanya beberapa minit aksi perlawanan," kata Lee Bellero.
"Hamstring tu, jangan dibuat main. Berdenyut kalau kena, nak sembuh semula kena makan masa. Kalau sembuh sekali pun, ada potensi mengalaminya semula. Tetapi, saya yakin akan disiplin Arif Aiman, lekas sembuh ya," kata Zulkarnain-snz Naim.
"Semoga tiada apa-apa yang membimbangkan, moga terus sihat. Kalau tiada Arif Aiman di atas padang, rasa seperti tidak ceria," kata Zuraidah Idah Zurai.
Skuad Harimau Selatan berdepan jadual cukup penting selepas ini bermula dengan aksi Liga Super menentang Melaka FC di laman sendiri pada Jumaat depan.
Mereka kemudiannya akan berkelana ke Australia untuk menentang Melbourne City pada 25 November bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite sebelum berdepan Kuching City FC empat hari kemudian bagi aksi timbal balik Piala FA.
Kesemua perlawanan itu akan memerlukan khidmat Arif Aiman yang meneruskan persefahaman baik di barisan hadapan bersama Bergson da Silva serta Jairo da Silva. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
