[VIDEO] 'Usaha swasta di tanah persendirian', ramai kena faham alasan perlu bayar tol lalu Jalan Genting Highlands


  • Massa
  • Khamis, 13 Nov 2025

Pembinaan tol di laluan menuju Genting Highlands menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengguna.

GENTING Malaysia Bhd pada Khamis mengumumkan semua kenderaan yang mahu melalui Jalan Genting Highlands akan dikenakan bayaran tol dalam masa terdekat.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Genting Malaysia Bhd menjelaskan caj itu dikenakan bagi menampung kos membaiki jalan sepanjang 24 kilometer (km) yang selama ini ditanggung sepenuhnya syarikat itu sejak 1960-an.

“Dibina secara persendirian oleh Genting Malaysia di kawasan pergunungan yang sukar, Jalan Genting Highlands menyediakan laluan selamat ke Resorts World Genting serta destinasi lain di lereng gunung.

BACA LAGI: [VIDEO] Bas persiaran terbabas di Genting Highlands

BACA LAGI: Bintang K-Pop Rain bakal gegar Genting Highlands pada Februari, harga tiket konsert bermula RM398

"Penggunaannya yang terlalu kerap menyebabkan kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan berkala bagi memastikan keselamatan pengguna," tulisnya. 

Tambah syarikat itu lagi, prinsip 'pengguna membayar' merupakan pendekatan paling sesuai dalam memastikan kos menambah baik dan membaiki laluan berkenaan.

Keputusan tersebut jelas mendapat reaksi daripada orang ramai yang tampil menunding jari ke arah kerajaan kerana pengenalan tol berkenaan akan membebankan pengguna jalan raya.

Ini kerana Genting Highlands merupakan destinasi pelancongan kerana cuacanya yang dingin dan pusat beli-belah di kawasan itu kerap menawarkan harga lebih murah.

Cuaca dingin menjadikan orang ramai memilih Genting Highland sebagai destinasi pelancongan.

Bagaimanapun, tindakan untuk menyalahkan kerajaan atas pengenalan tol berkenaan dipertikaikan kerana keputusan mengenakan caj adalah berada di bawah hak syarikat persendirian itu.

"Awak tahu tak, jalan naik ke Genting Highlands itu milik persendirian, itu semua tanah milik Genting Malaysia Bhd. Tiada kena mengena dengan kerajaan. Jika tidak tahu, boleh cari fakta," kata Edyidris Mahmuddin.

"Apa kena mengena pula dengan kerajaan? Main 'sembur' sahaja, banyakkan membaca lagi. Itu tanah persendirian, dia nak letak tol atau tidak, itu hak dia. Awak mahu lalu atas tu ada keperluan ke?" soal Talib Md Noor.

"Itu jalan persendirian, yang mengenakan tol ialah pihak Genting Highland. Tiada kena mengena dengan kerajaan," kata Nor Din.

Setakat ini, tiada pengesahan berhubung tarikh bahawa bayaran bakal dikenakan terhadap pengguna jalan raya dengan gerbang tol difahamkan sedang dalam pembinaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram