[VIDEO] Bas persiaran terbabas di Genting Highlands


  • Tular
  • Rabu, 02 Jul 2025

SEBUAH bas persiaran terbabas di Genting Highlands pada pagi Selasa tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Dalam rakaman yang tular di media sosial, kelihatan bas berkenaan melanggar tembok jalan sebelum merempuh parkir berbumbung.

Rakaman itu juga menunjukkan bumbung parkir tersebut runtuh dan sebuah kereta turut mengalami kerosakan akibat rempuhan bas berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di lokasi parkir bas di Genting Highlands dan tidak dapat dipastikan sama ada bas itu membawa penumpang ketika kemalangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Trauma dikelilingi ratusan mayat, Ramesh mangsa tunggal terselamat nahas Air India hanya cedera ringan

BACA LAGI: Keluarga mangsa nahas bas UPSI dapat bantuan tambahan RM10,000

Nasib pemandu bas itu juga tidak dapat dipastikan dan tiada kenyataan pihak berkuasa dikeluarkan setakat ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu selepas kejadian sebuah bas persiaran membawa 25 penumpang terbabas di Kilometer 12 arah turun dari Genting Highlands.

Dalam kejadian itu pada 22 Jun lalu, pemandu bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tembok jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, pemandu bas warga tempatan berusia 54 tahun serta dua penumpang, iaitu seorang warga tempatan berusia 74 tahun dan seorang lagi warga asing, mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan tersebut. 

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram