[VIDEO] ‘Betapa sayangnya mereka dekat Wak Panut’, murid sebak raikan majlis persaraan pengawal keselamatan di Shah Alam


  • Massa
  • Selasa, 04 Nov 2025

Murid-murid di sekolah berkenaan kelihatan sebak dan enggan melepaskan peluang bersalaman dengan Wak Panut.

KITA sering melihat bagaimana anak murid akan mengalirkan air mata setiap kali seorang guru meninggalkan sesebuah sekolah sama ada jika dipindahkan atau bersara.

Malah, perasaan sama turut dizahirkan sekiranya terdapat individu yang bukan bergelar warga pendidik mengucapkan selamat tinggal sekiranya mereka sudah lama berkhidmat atau tidak pernah putus dari mencurahkan nilai positiviti.

Itulah apa dirasakan murid di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 3, Shah Alam, Selangor apabila pengawal keselamatan bersara setelah 15 tahun mencurahkan bakti.

BACA LAGI: Hukuman rotan di sekolah wajar dikembalikan tapi bersyarat — PM Anwar

BACA LAGI: [VIDEO] Pengawal dah angkat bendera merah, rider 'degil' sampai rempuh pelajar melintas depan sekolah

Dalam perkongsian di TikTok Faris Foxz, individu yang dikenali sebagai Wak Panut atau juga ramah dengan panggilan Atuk disambut meriah pada majlis perpisahannya.

Perasaan itu dapat dirasakan apabila murid-murid enggan berpisah dengan pengawal tersebut sehingga ada yang sempat bersalaman dan mencium tangannya.

Kisah menyentuh hati tersebut turut dikongsikan di laman TikTok rasmi sekolah berkenaan yang menzahirkan penghargaan ke atas jasa dan pengorbanannya.

"31 Oktober (Jumaat) ialah tarikh terakhir untuk Wak Panut atau panggilan manisnya Atuk bertugas sebagai pengawal sekolah. Terima kasih untuk 15 tahun yang manis dan terindah," tulisnya.

Meskipun pengorbanan dan jasa Wak Panut tidak diceritakan lebih lanjut, penghargaan yang turut diberikan guru turut membuktikan khidmat dicurahkannya amat penting dalam memastikan keselamatan sekolah berkenaan.

Kisah itu turut menerima respons pengguna TikTok lain dengan ada daripada merupakan bekas murid di SRA Seksyen 3 yang pastinya terkenang akan kelibatnya.

"Terima kasih, Atuk ini selalu rehat di tempatnya pada waktu rehat (ketika saya) Darjah 5 dan 6. Sekarang sudah habis sekolah menengah, terima kasih atas kenangan," kata Syawal.

"Sudah dua hari ini terbayang susuk tubuh Atuk yang bagi salam kepada kami setiap pagi di hadapan pintu sekolah. Semoga sentiasa sihat," tulis Atiqah Zakaria's Shop.

"Tok Panut selalu bergurau dengan saya. Tok Panut sejak saya Darjah 1 sudah jaga saya. Kalau balik lambat, sampai Tok kawan dengan datuk saya," kata Fa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram