[VIDEO] 'Patut Jojo sekolahkan orang tua, mak bapak jangan terkejut kalau anak jadi samseng'


  • Podium
  • Ahad, 02 Nov 2025

Jojo kerap menyuarakan rasa kurang senang apabila sukan muay thai disalah guna segelintir pihak.

SUKAN muay thai sudah semakin terkenal ketika ini dengan usaha atlet muda negara, Johan Ghazali mempopularkan seni mempertahankan diri tersebut membuahkan hasil.

Ini kerana orang ramai, termasuk golongan kanak-kanak mula menceburkan diri dengan menyertai kelas kerana menyedari betapa pentingnya kemahiran asas sekiranya berdepan ancaman.

Bagaimanapun, di sebalik terkenalnya sukan muay thai ketika ini, timbul pula segelintir pihak yang melihatnya sebagai peluang mengaut keuntungan.

BACA LAGI: Jika bayarannya lumayan, saya akan datang belasah Johan Ghazali di Malaysia — Peninju Bosnia

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami hanya Muay Thai', ibu Jojo Ghazali terharu ramai prihatin, sokong anak-anak wakili negara

Semakin ramai yang berminat untuk menyertai kelas muay thai kerana pelbagai kesan positif dijanjikan. Klook

Perkara tersebut dibuktikan dengan penganjuran pertandingan seni mempertahankan diri itu yang sayangnya jauh terpesong dari matlamat dan objektif sebenar kerana dicemari pergaduhan tidak sepatutnya sebagai tujuan promosi.

Itulah apa terjadi menjelang saingan Warzone World Championship (WWC) yang turut menyaksikan penyertaan atlet bawah umur iaitu Al Fateh yang dijadualkan berdepan peserta Indonesia, Fadilah.

Pertembungan tersebut dijadualkan berlangsung di Arena 9 Nilai, Negeri Sembilan antara 6 dan 7 Disember depan dengan beberapa promosi sudah dilancarkan setakat ini.

Ini termasuk acara face-off kedua-dua atlet berkenaan yang bagaimanapun dicemari sedikit kontroversi apabila tercetusnya momen tegang antara mereka.

Meskipun ada yang berpandangan kekecohan itu hanya lakonan semata-mata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menjadi contoh kurang baik buat penonton.

"Apabila di sekolah ada kes buli, ada murid bertumbuk dan andai ada murid yang hilang nyawa. Kita akan ambil jalan mudah. Salahkan menteri, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan pihak sekolah.

"Padahal ada pempengaruh yang galakkan kanak-kanak berkelahi demi duit, betul sangat teguran Jojo. Mereka ini merosakkan sukan tempur," kata Cikgu Emmet Menulis.

"Maaflah, tidak nampak profesional. Seorang pelatih harus beri didikan yang bagus untuk anak-anak bagi menghadapi pihak lawan. Setahu saya, kanak-kanak tidak akan bersikap baran sebegitu melainkan diarahkan agar lebih agresif.

Kegiatan buli yang semakin kerap berlaku ketika ini didorong pengaruh media sosial.

"Mak bapa jangan terkejut kalau anak jadi samseng di sekolah nanti. Memang patutlah Jojo sekolahkan orang tua," kata Afiq Bruno.

Sebelum ini, Jojo yang sudah menempa nama dalam dunia muay thai antarabangsa mengkritik sikap Yusuf Azmi yang dianggap mencalarkan imej sukan muay thai.

Ini selepas aktivis sosial tersebut melakukan kekecohan ketika mempromosikan perlawanan WWC melibatkannya dengan pencabar dari Indonesia, Yunus Martin baru-baru ini.

Sekiranya perkara itu berterusan, pandangan orang ramai terhadap seni mempertahankan diri itu akan terpesong kerana masing-masing hanya akan melihatnya sebagai sumber hiburan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram