
IBU kepada jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, Jennana Johnson meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan padu daripada masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap keluarganya.
Jennana mengakui pada awalnya tidak menyangka penyertaan anak-anaknya dalam kejohanan Muay Thai akan mendapat perhatian luas.
Namun, dirinya juga turut terkena tempias apabila semakin dikenali dan disenangi ramai lebih-lebih lagi individu yang mengidolakan kejayaan ditempa keluarganya.
BACA LAGI: Elak stress, mudah bersalin, ibu 2 anak aktif berjoging ketika hamil sambil tolak 'stroller' bayi
BACA LAGI: Sidang Kemuncak SCO Tianjin, Wan Azizah perkukuh hubungan bersama isteri pemimpin dunia
Berkongsi luahannya menerusi sebuah podcast bersama Johan baru-baru ini, Jennana gagal menahan sebak ketika disoal tentang perkara tersebut.
"Saya sangat bersyukur bila ada yang datang, sokong kami, kadang-kadang saya terasa seperti kenapa mereka ambil berat tentang keluarga saya.
"Kami hanya bersukan Muay Thai, ia hanya sukan dan ia pada dasarnya tiada apa-apa, ada individu di luar sana yang lakukan perkara lebih besar seperti di Gaza dan sebagainya.
"Kami cuma Muay Thai, saya sangat hargainya kerana mereka mengambil berat tentang keluarga saya tapi kadang-kadang terasa seperti kami tidak lakukan apa-apa, hanya Muay Thai," ujarnya.
Keluarga Muay Thai
Tidak hanya tertumpu kepada Jojo, keempat-empat anaknya termasuk Muhammad Elias, Muhammad Mikail dan Emylia Lynn turut aktif dalam Muay Thai, menjadikan keluarga mereka cukup dikenali dalam sukan lasak itu.
Kesemua anaknya giat menjalani latihan, menyertai pelbagai kejohanan tempatan serta antarabangsa, sekali gus menunjukkan kesungguhan tinggi dalam menceburi seni bela pertahan diri berkenaan.
Jojo atlet remaja berusia 18 tahun antara yang paling menyerlah dengan beberapa pencapaian membanggakan sehingga layak mewakili pasukan Malaysia dalam kejohanan Muay Thai di One Championship. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram