Awas kaki ‘travel’ baik hati, jangan terjerat bawakan barang orang tak dikenali


  • Massa
  • Isnin, 27 Okt 2025

Tindakan membawa barang milik individu tidak dikenali boleh mengundang padah.

SERING kali kita mendengar bagaimana seseorang itu ditahan di pintu sempadang negara ketika mahu bertolak mahupun pulang dari melancong atau melawat lokasi pelancongan asing.

Ini kerana pihak polis mahupun Imigresen mendapati individu terbabit membawa barangan terlarang, terutamanya dadah sehingga kita amat sinonim dengan frasa 'keldai dadah'.

Jadi, bagi mengelak situasi sebegitu berlaku, penggemar aktiviti pelancongan sering diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya membawa mahupun menjaga barangan orang lain yang tidak dikenali.

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai kena merayu pintu sempadan Thai-Malaysia dibuka, sebab itu penting buat 'homework' sebelum melancong

BACA LAGI: Pelepasan imigresen kod QR sempadan Singapura, rider motosikal ambil perhatian bermula 15 Oktober

Individu tersebut memohon mana-mana pelancong yang ingin ke Jakarta agar membawa barangnya.

Namun, baru-baru ini, muncul pula teknik terbaru apabila terdapat individu meminta bantuan bagi sesiapa yang ingin melancong agar membawa bungkusan dengan pelbagai alasan diberikan.

Perkara itu terjadi baru-baru ini di laman Threads selepas seorang pengguna yang memohon kerjasama mana-mana individu yang sedang dalam perjalanan ke Jakarta, Indonesia.

"Hi everyone, kalau ada sesiapa yang ada penerbangan ke Jakarta hari ini, esok atau lusa, tolong mesej saya dalam kadar segera. Saya amat memohon bantuan sesiapa untuk bantu bawa dua barang ini ke Jakarta.

"Ini sebab pagi tadi, saya tak sempat daftar masuk. Tolong sampaikan kalau kenal sesiapa yang nak ke sana ya. Terima kasih banyak," katanya.

Hantaran tersebut mula menjadi perhatian pelancong yang mengingatkan orang ramai agar tidak terjerumus dalam risiko terbabit hanya atas dasar baik hati.

Seseorang boleh menjadi jika tidak berhati-hati semasa melancong.

"Beringat sebelum terkena. Banyak kes-kes macam ni, akhirnya jadi benda lain. Jangan sebab kita baik hati nak tolong kita yang menyesal," kata Travel Jimat.

"Maaf, saya rasa tidak akan ada yang mahu bantu. Agak berbahaya untuk bawakan barangan orang lain, terutamanya jika tak kenal dan tak tahu isi kandungan," kata Syita Ritory.

"Alasan tak sempat daftar masuk barang dan kemudian meminta orang lain untuk bawakannya kepaeda awak? Entah-entah, dalam kotak itu ada barang terlarang atau dadah," kata Syed M Fauzan Sag.

Kes melibatkan keldai dadah sudah berkali-kali dilaporkan dengan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas, termasuk hukuman bunuh mengikut jumlah barang terlarang dibawa.

Tegahan dibuat di media sosial tersebut perlu dijadikan peringatan buat mana-mana peminat aktiviti pelancongan supaya tidak menyesal pada kemudian hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram